Korang nak pulun puasa kaw-kaw sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ni tapi korang rasa-rasa laa, korang layak dalam kategori mana agak-agaknya ek?
Puasa Gred A
Ni puasa peringkat tertinggi, tahap gaban. Puasa level ni bukan sekadar mengikat hawa nafsu tapi belasah cukup-cukup sampai tak bernafas menatang nafsu tu dibuatnya. Orang lain mula puasa bila tiba Ramadhan, diorang dah start dari bulan Rejab dan Syaaban. Puasa sunat isnin khamis tak tinggal. Bukan sekadar puasa jasmani malah puasa rohani. Ni baru puasa yang mampu membersihkan diri, mencuci hati. Diorang puasa bukan lagi kerana pahala, bukan nak tagih syurga, bukan nak ngelak neraka, tapi kerana kecintaan pada Yang Maha Esa. Nak tahu apa rasanya, cuba la.
Puasa Gred B
Ni puasa orang yang bukan setakat beramal tapi ada kesedaran nak tambah ilmu. Dah tahu cemana nak puasakan semua anggota dan pancaindera yang tuhan bagi dari berbuat dosa bukan perut dan mulut aje. Kalau dulu dah biasa tak tinggal solat, dia tambah pulak dalam bulan ni dengan banyakkan selawat, solat sunat, zikir munajat. Puasa camni bukan sekadar nak komfomkan sah atau batal aje tapi nak cari kesempurnaan amalan, nak buat yang terbaik.
Puasa Gred C
Puasa tak makan dan tak minum sahaja. Ni tahap puasa budak tadika, baik sikit dari puasa sekerat hari. Orang puasa dia puasa, orang solat dia mengelat. Orang berbuka, dia macam orang gila, macam tak makan sebulan! Kalau korang yang dah berumur tu, upgrade la brader. Puasa camni tak dapat apa, ni yang Nabi s.a.w. kata mereka-mereka yang cuma dapat lapar dan dahaga sahaja.
Puasa Takde Gred
Puasa orang-orang yang bencikan bulan puasa. Diorang kalau boleh nak cepat-cepat raya, boleh melantak sepanjang masa macam biasa, boleh layan hawa nafsu, boleh kawan dengan setan. Nak kenal orang macam ni senang aje, gaya dia sama aje dengan kawan-kawan dia yang kena ikat sebulan bulan Ramadhan tu le, sekali bila dah raya dia punyalah suka...macam baru keluar dari neraka!