Wednesday, January 6, 2010

Sembang-sembang



Kita hari-hari nak bersembang, tak sembang jadilah kera sumbang. Apa benda yang korang dok sembang semedang tu? Sembang kosong? Ye ke kosong atau penuh dusta, cela, ngata, ngengada...sembang road to neraka? Takde benda nak sembang elok dok diam aje.


Sembang dosa

Setakat nak cerita pasal kekayaan orang lain baik tak payah le. Orang tu kalau tau gerenti riak punya, korang pulak nampak sangat berkiblatkan harta dunia yang tak bawa kemana. Lagi hampeh korang sembang pasal kekayaan korang, sah-sah la korang riak walau alas dengan ayat 'bukan nak riak laa'. Riak le tu. Ingat, sedikit riak tu syirik, tu kata Nabi s.a.w., korang sembang riak sikit ke riak-ria-bangga-gila? Cuba la sembang pasal ilmu Allah, nikmat Allah, kebesaran Allah, keindahan ciptaan Allah...sembang le dari malam sampai ke pagi, insyaallah sembang korang tak kosong. Sesilap kiri kanan korang yang nampak kosong tu penuh dengan malaikat pakat doakan korang. Jangan tak caye.


Sembang sumbang

Sembang kalau takde cerita pasal orang memang tak sah. Tak caye tanya Kak Esah. Bukan nak ngata la tapi bab ngata orang ni baik laki pompuan sama aje. Bezanya pompuan ngata bab rupa dan rete, laki pulak ngata bab politik dan pompuan...apasal la pompuan gila rete dan gila rupa...kalau tak lama dah semua pakat pasang dua tiga. Kalau topik sembangnya tentang orang, tak banyak sikit gerenti pergi bab mengata juga, kalau memuji pun mesti ada makna punya. Nak sembang pasal orang, korang sembang pasal kekasih korang, Rasulullah s.a.w., sembang pasal akhlak baginda, kisah hidup baginda, kasihnya baginda pada umatnya, sahabat baginda, keluarga baginda, jasa baginda, sembang gini bukan sahaja sah dapat pahala malah dilimpahi berkat dan rahmat sampai bertambah rasa cinta pada Nabi s.a.w sebagaimana baginda sayang pada kita.


Sembang sensorang

Dalam takde orang nak ajak bersembang kita boleh lagi sembang sorang-sorang dengan diri sendiri. Apa benda yang kita dok sembang sendirian tu? Dok tanya diri cemana nak tambah harta dunia ke cemana nak cari jalan ke akhirat? Yang mula-mula tu kalau layan sampai bila-bila pun tak habis, tu yang dok melengung berjam-jam sensorang macam orang bangang. Tapi kalau yang kemudian tu, sembang banyak tak guna, ikut je kata hati terus capai sejadah, lagi baik kalau terus langkah pergi madrasah. Kekadang kita perasan je kita sembang sensorang tapi Allah lebih tahu dengan siapa kita dok sembang 'sorang-sorang'. Yang baik tu kan dari Allah, so sembang le bebaik walau sembang sensorang semoga kita beroleh kebaikan. Sangka baik selalu insyaallah kebaikan yang kita tak sangka terzahir juga.


Sembang-sembanglah

Korang tak tau apa nak disembangkan? Ilmu bersembang ni banyak kalau pandai cari boleh sembang sampai bebila. Bersembanglah untuk eratkan silaturrahim, untuk sebarkan ilmu nak kenal Dia, untuk apa sahaja yang baik-baik dan diredhaiNya. Niat sembang nak kena betul, ikhlas kerana Dia, bukan sekadar nak buang masa dan ayer liur sahaja. Bukan ke ilmu Allah tu luas tak terperi, kalau nak ilmu Allah boleh beri, semua yang kita tahu pun tak sampai setitik dari lautan ilmuNya yang tak bertepi. Semua orang suka orang yang peramah, tak kedekut ilmu, dan sambil sembang tu jangan lupa untuk mendengar dengan hati terbuka sebab orang lain pun nak sembang sama. Wallahua'lam.