Saturday, July 18, 2009

Syahadah Cinta




Korang bab bercinta memang hebat, susun ayat kemain, madah berbunga, kad berbedak, tapi hati haprak. Semua kerana nafsu. Cuba la korang layan bercinta dengan Tuhan cam gitu, cinta kat nabi s.a.w. Kalau tanya semua ngaku sebab semua ucap syahadah, lafaz tanda cinta kita pada tuhan dan rasul s.a.w. Tapi kalau bercinta tak dengan hati apa maknanya? Apa buktinya? Apa rasanya? Apa sebenarnya. Apa yang korang peluk dalam hati?



Makna cinta kita

Korang cari la makna dia sendiri. Benda yang dapat free selalunya tak dihargai. Sama juga dengan makna cinta kita pada ilahi dan nabi s.a.w. Tapi kalau korang sendiri tak dapat fahami sedalam-dalamnya makna ayat cinta suci yang korang ucapkan dalam solat lima kali sehari, takde maknanya korang tonggang-tonggeng sampai lebam dahi. Serupa macam korang la, bini tanya cinta korang kata cinta tapi nak ingat bini masa kat ofis takde le. Korang bohong. Dalam solat pun sama juga le.

Bukti cinta kita

Cakap, semua orang boleh cakap. Buktinya mana? Korang kata Allah lah segala-galanya, tiada yang lagi utama dari dia. Tapi dalam hati korang kata duitlah segalanya, pangkatlah segalanya, kuasalah segalanya, paling hampeh pun balak koranglah segalanya. Buktinya? Kalau kena buat pilihan, korang sah-sah pilih apa yang jelas di hati korang. Allah kat mulut pun tak berapa jelas. Sebut pun tengok keliling.

Rasa cinta kita

Siapa pernah bercinta tau le cemana rasanya cinta. Kemanisan berdamping dengan si dia, kerinduan bila berjauhan, keresahan bila tiada kepastian. Korang ada rasa camtu dengan Allah? Dengan nabi s.a.w? Tengok hindustan meleleh air mata, air hidung, bila dengar azan ada rasa apa-apa tak? Awek bagi surat baca sampai sepuluh kali, hari-hari, cuba nak cari maksud yang tersirat, Allah bagi Quran korang simpan aje. Baca pun bukan paham .

Siapa kita cinta

Maha Suci Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, mana ada cinta yang lagi hebat dari cinta Dia pada seluruh makhluk ciptaannya. Dia bagi rezeki tak kira kita ingat kat Dia ke tak, Dia bagi kita sihat walau dalam sihat kita buat maksiat, Dia bagi kita segalanya walau kita tak ingat kat Dia. Banyak benda kita cinta, tak kuasa nak list down, walhal Dia yang satu sedang menunggu kita sedar bahawa Dialah yang sepatutnya kita cinta secinta-cintanya.

Antara dua darjat



Antara fadhilat dan kelebihan kita beramal ialah Tuhan naikkan darjat walaupun hakikatnya kita beramal bukan nak kejar darjat tapi kalau Dia dah nak bagi, tak siapa pun boleh tolak. Nak buat apa dengan darjat ni? Dapat pingat ke? Dapat projek? Ada gelaran ke?


Apa ada pada darjat

Dah Tuhan kata kita ni sebaik-baik makhluk ciptaannya maknanya kita ni darjat lagi 'up' sikit dari malaikat kalau kita betul-betul baik laa. Tapi kalau kita ni buat tak senonoh, tak reti nak ingat kat Dia, diingatkan pun buat-buat lupa, maka kita ni tah-tah lagi 'low class' dari kambing atau anjing. Sebodoh-bodoh lembu pun tak kena campak dalam neraka, korang kalau orang ajak solat pun buat bodoh mengelembu, sindri mau ingat laa.

Naik darjat

Bila dikatakan sesuatu amalan baik tu mampu menaikkan korang beberapa darjat maka korang jangan la eksyen perasan darjat korang tahap Tan Sri ke Tun macam kat dunia ni. Kena kira korang sekarang dok kat tahap mana. Makna kata kalau sekarang korang tahap Tok Jahil satu level dengan Abu Jahal maka kalau dinaikkan beberapa darjat mungkin la dapat title Tok Selampit atau Tok Kong. Kira ok la dari tadi. Yang pastinya korang jangan syok sendiri, baru beramal sehari dah rasa macam satu 'level' dengan Tok Wali padahal buat mungkar bertahun-tahun tak ubah macam Firaun.

Darjat disisiNya

Tak kira la korang sengkek sengkuang, awek lalu seko pun tak pandang, rupa elok sikit dari kongkang, namun kalau amalan korang diterima Tuhan maka korang dipandang tinggi oleh semua makhluk dilangit walau dipandang rendah oleh semua manusia kat bumi. Sebaliknya kalau korang ni Tan Seri ke, Datin Seri ke, muka berseri-seri, naik pulak Ferrari, duit berlori-lori, tapi amalan korang sikit pun Dia tak pandang walau selalu jugak sembahyang, korang memang malang.

Kurnia darjat

Dah tu nak buat cemana? Cemana apanya kalau yang korang pandang ialah darjat dimata orang. Darjat disisiNya bukan boleh dapat senang-senang. Bukan boleh nak rekomen-rekomen, undertable ke atau bodek baik punya. Sukahati Dia la nak naikkan darjat siapa yang Dia suka dan turunkan darjat siapa yang dia benci. Bukan senang nak jadi 'somebody' kat sana kelak, kat negeri akhirat dimana 'everybody is nobody' kecuali mereka-mereka yang dirahmatiNya. Sekarang korang nak apa yang korang buat Tuhan pandang ke orang pandang?