Saturday, January 9, 2010

Puaka


Korang pernah tengok puaka tak? Nak tengok? Ambil cermin, pastu korang tengok betul-betul...nampak? Kalau nak tau yang dalam cermin tu la puaka yang paling bahaya. Kalau nampak muka korang aje ok lagi, buatnya tuhan buka penglihatan satu lagi gerenti korang pengsan punya. Ni bukan cerita tahyul, korang je tak sedar korang tu puaka. Korang renung-renungkanlah.



Mulut puaka

Korang banyak cakap, banyak ngumpat, banyak ngutuk, banyak kelentong, tu sebab orang pesan jangan banyak cakap, nanti banyak dosa, pastu masuk neraka, padan muka. Puaka mulut kita bukan gigit atau sedut darah orang tapi lagi sadis, fitnah orang la, laser-melaser, cerca-mencerca...tahap makan daging saudara sendiri, tu Nabi s.a.w. yang cakap, tu kita yang mengata sesama kita. Puaka sungguh!


Hati puaka

Hati busuk dah jadi perkara biasa. Berulat, berkudis, bersalut segala macam kekotoran duniawi. Mana tak busuk, hasad dengki kuat, bila dengar bab agama meluat, sikit pun takde ikhtiar nak rawat. Sikit-sikit sakit hati, sikit-sikit benci, sakit hati tengok orang senang hati, senang hati bila tengok orang sakit hati. Korang tau nak puaskan hati korang aje, macam la hati tu kenal erti puas. Hati puaka macam ni campak bagi hantu makan pun diorang taknak. Busuk yang amat!


Akhlak puaka

Perangai ngalah puaka, kurang-kurang puaka ngacau orang malam-malam, siang dia rehat. Korang punya puaka siang malam. Menipu, khianat, pecah amanah, rasuah, segala macam sifat lahanat korang buat amalan harian. Yang peliknya korang tak sedar korang tu puaka. Korang perasan korang manusia, insan biasa, malah kekadang bangga sebab rasa koranglah manusia berguna, berjaya, berkaliber, berkuasa, berada, berpelajaran, berpengalaman, berkedudukan. Kalau puaka pun takut bila disebut nama tuhan, korang lagi hebat sebab nama tuhan pun korang permainkan, hukum tuhan korang pelecehkan, ulamak korang perbodohkan. Apa jenis puaka la korang ni!


Rumah puaka

Ni bukan rumah hantu kat funfair tu tapi rumah korang la. Rumah yang gantung ayat Quran sebagai perhiasan tapi tak pernah diamalkan. Rumah yang penuh perhiasan duniawi tapi tak sikit pun ada hiasan ukhrawi seperti solat berjemaah, bacaan ayat suci dan sebagainya. Rumah yang sejuk beraircond tapi penghuninya panas baran, suka gosip panas, pakai pakaian musim panas (kalau boleh nak pakai spender aje) sampai anak-anak pun taknak balik rumah sebab takde istilah rumahku syurgaku dah. Maka pepandai koranglah nak halau puaka dalam diri korang dan seterusnya dari rumah korang. Selamat maju jaya.

Pelan 5 tahun



Korang gerenti ada pelan 5 tahun kan? Takde? Apa nak jadi la korang ni. Ada? Baguslah. Dalam 5 tahun dari sekarang, apa korang dok plan? Nak jadi kaya? Nak jadi orang berjaya? Apa nak jadi, jadilah? Errr...dalam pada dok plan tu korang sure ke korang hidup lagi masa tu? Hmmm...Macam tu kalu...kena buat plan B.


Pelan 5 waktu

Solat 5 waktu tempat terbaik untuk korang plan hidup korang. Pelan-pelan jaga iman dan amal sampai waktu solat seterusnya. Kalau sampai, syukurlah, cepat-cepat tunaikan tanggungjawab sementara masih dikurniakan nyawa untuk beribadat. Kalau tak, at least korang dah buat yang terbaik. Turn orang lain pulak solatkan korang.

Pelan 5 minit

Kita selalu bertangguh bila bab beramal. Lima minit lagilah, cerita TV tengah best, kerja tengah banyak, mata tengah ngantuk, member tengah sembang...macam la kita yakin benar nyawa kita tak hilang untuk 5 minit lagi. Dari lima minit, dia berkembang jadi setengah jam, lajak jadi sejam, sedar-sedar dah habis waktu solat. Bukan 5 minit yang jadi persoalan, masalahnya lima minit lagi gerenti ada benda lain yang menyibukkan korang, yang korang nampak lebih utama, sudahnya seruan Allah korang abaikan. Cantek.

Pelan 5 saat

Percaya tak dalam 5 saat macam-macam boleh jadi. Hati kita kalau nak berbalik sekejap je. Jadi kalau korang tergerak hati nak beramal, jangan dok lengah, buat je terus sebab tak berapa saat lepas tu nafsu sebagai penasihat peribadi akan buat kerja dia supaya korang tak buat amal maaruf yang terdetik kat hati sekejap tadi dengan seribu satu macam alasan yang mantap. Sebaiknya benda baik jangan dok plan-plan sangat, alamat tak jadi le. Untung le mereka yang diilhamkan amal dan merebut peluang yang ada untuk melakukan amal. Yang selebihnya, korang ada plan nak beramal tapi sampai kiamat tak terlaksana. Rugi.

Pelan 5 rukun

Sebagai umat Nabi s.a.w. kita kena plan 5 rukun tu ditegakkan sepanjang masa, setiap denyut jantung, setiap kerdipan mata, setiap hembusan nafas. Tegakkan syahadah, solat 5 waktu, puasa, zakat, haji bila mampu, sekurang-kurangnya kena ada azam bukan sekadar angan-angan. Zakatkan diri kita kejalan Allah, puasakan nafsu kita bukan tunggu bulan puasa aje. Barulah sempurna syahadah kita bukan sekadar sebutan dimulut sahaja. Yang lain jangan le risau, Allah dah plankan segalanya sebelum kita lahir kedunia lagi. Wallahua'lam.