Saturday, January 31, 2009
Dengki
Dengki
Walaupun kita tak belajar tinggi namun rata-rata kita semua dah ada Phd (Penyakit hasad dengki). Ni penyakit merbahaya yang merosakkan hati dan takde lagi farmasi yang jual ubat untuk menyembuh mahupun menahan sakit dengki ni.
Kenapa dengki?
Kita berdengki kerana kita bercita-cita agar hilang nikmat daripada orang lain. Makna kata kita tak kesah kalau nikmat tu tak dapat kat kita asalkan orang tu pun tak dapat sama. Buruk perangai dengki ni tuan-tuan. Tu yang tuan-tuan suka sangat.
Apa dapat dengan dengki?
Dapat dosa tu memang dah kompom. Dapat sakit hati, dapat rasa benci, dapat hangin satu badan bila tengok orang lain senang. Dapat nikmat macam apa yang orang tu dapat memang takdelah tuan-tuan. Dapat bala mungkinlah. Orang dapat kereta mewah, kita beli kereta mewah sebab dengki, sudahnya duit habis tau-tau kereta kena tarik. Dapat malu la pulak.
Siapa pesakit dengki?
Pesakit dengki ni ramai tak terkira. Kalau nak buat hospital sakit dengki gerenti tak cukup tanah. Nak buat cemana, orang kaya pun berdengki walau dah bergelumang dengan nikmat. Nak buat cemana, hati tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada, berangan nak nikmat yang lebih lagi.
Apa ubat dengki?
Benda kotor memang banyak penyakit hinggap, maka bila mana hati kita kotor sebab tu la macam-macam penyakit bersarang dan salah satu daripadanya ialah dengki. Nak buat macam mana? Bersihkanlah hati tu. Jangan minum Clorox, jangan telan berus jamban, bukan macam tu nak cuci hati. Belajarlah ilmu agama, beramallah dengan ilmu agama, hiduplah dengan damai mengikut ajaran agama. Tu je ubatnya.
Tak payah la berdengki
Tuhan bagi nikmat, Tuhan tak bagi nikmat, Dia nak bagi kat siapa, itu Dia punya sukalah! Yang korang sakit hati sangat ni kenapa? Korang tak puas hati kat siapa sebenarnya? Bengang kat Tuhan ke? Korang tu siapa nak di banding dengan Tuhan? Korang tuduh Tuhan tak adil ke? Apa ke buruk perangai kita ni sampai bersangka buruk dengan Tuhan! Hati-hati macam ni tak reti nak bersyukur, lagi banyak diberi nikmat lagi sesat. Dahlah. Bawak-bawak bertaubat. Astaghfirullah.
Subscribe to:
Posts (Atom)