Dengki
Walaupun kita tak belajar tinggi namun rata-rata kita semua dah ada Phd (Penyakit hasad dengki). Ni penyakit merbahaya yang merosakkan hati dan takde lagi farmasi yang jual ubat untuk menyembuh mahupun menahan sakit dengki ni.
Kenapa dengki?
Kita berdengki kerana kita bercita-cita agar hilang nikmat daripada orang lain. Makna kata kita tak kesah kalau nikmat tu tak dapat kat kita asalkan orang tu pun tak dapat sama. Buruk perangai dengki ni tuan-tuan. Tu yang tuan-tuan suka sangat.
Apa dapat dengan dengki?
Dapat dosa tu memang dah kompom. Dapat sakit hati, dapat rasa benci, dapat hangin satu badan bila tengok orang lain senang. Dapat nikmat macam apa yang orang tu dapat memang takdelah tuan-tuan. Dapat bala mungkinlah. Orang dapat kereta mewah, kita beli kereta mewah sebab dengki, sudahnya duit habis tau-tau kereta kena tarik. Dapat malu la pulak.
Siapa pesakit dengki?
Pesakit dengki ni ramai tak terkira. Kalau nak buat hospital sakit dengki gerenti tak cukup tanah. Nak buat cemana, orang kaya pun berdengki walau dah bergelumang dengan nikmat. Nak buat cemana, hati tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada, berangan nak nikmat yang lebih lagi.
Apa ubat dengki?
Benda kotor memang banyak penyakit hinggap, maka bila mana hati kita kotor sebab tu la macam-macam penyakit bersarang dan salah satu daripadanya ialah dengki. Nak buat macam mana? Bersihkanlah hati tu. Jangan minum Clorox, jangan telan berus jamban, bukan macam tu nak cuci hati. Belajarlah ilmu agama, beramallah dengan ilmu agama, hiduplah dengan damai mengikut ajaran agama. Tu je ubatnya.
Tak payah la berdengki
Tuhan bagi nikmat, Tuhan tak bagi nikmat, Dia nak bagi kat siapa, itu Dia punya sukalah! Yang korang sakit hati sangat ni kenapa? Korang tak puas hati kat siapa sebenarnya? Bengang kat Tuhan ke? Korang tu siapa nak di banding dengan Tuhan? Korang tuduh Tuhan tak adil ke? Apa ke buruk perangai kita ni sampai bersangka buruk dengan Tuhan! Hati-hati macam ni tak reti nak bersyukur, lagi banyak diberi nikmat lagi sesat. Dahlah. Bawak-bawak bertaubat. Astaghfirullah.
Kerana takder orang yang mengomen blog tuan..izinkan hamba mengomennya.Setelah hamba membaca tulisan2 tuan yang penuh dengan kesedaran beragama...itu menunjukkan tuan telah memperolehi hidayah dan merenungkan soal kerohanian.
ReplyDeleteSoalan saya-ADAKAH TUAN RASA SELESA BEKARYA DALAM MAJALAH UJANG SEDANGKAN TUAN TAU MAJALAH INI DI AMBIL/RAMPAS DARI KARTUNIS UJANG TANPA KERELAAN BELIAU?
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
ReplyDeleteAdapun Ana hanyalah hamba Allah yang tidak punya apa-apa waima karya Ana sekalipun. Hakikatnya semua yang ada hanyalah milik Allah s.w.t.Semua yang baik datang dari Allah dan begitu juga sebaliknya.Maka jawapan bagi soalan Anta ialah soalan Ana kepada Anta iaitu majalah ini milik siapa?
Salam NU..
ReplyDeleteHmmmm... kenapa dengki?? kat sapa kita dengki sebenarnya?? hanya kita saja yang tau.. and bila dah tau tu.. saja la nak cover line.. kot tak mau org tau kita ni busuk ati.. so.. kita salahkan dan canangkan lah yang buruk dan busuk orang.. KOT.. Ntah..
Assalamualaikum abg Nik. Saya peminat abg Nik dari dulu lagi. Saya paling minat Murahguru Tandoori payat. Tak sangka brader nik buat blog. syok syok.
ReplyDeleteSaya cadang abg nik tutupkan comment anonymous. Nanti org buat surat layang. Tak syok.
Hidup Abg nik dan crew2 Ujang!