Monday, February 23, 2009

Tips mudah masuk syurga





Nak masuk syurga Allah bukan susah ( bagi yang bertuhankan selain Allah sila refer kitab korang ), kena pulak korang lahir-lahir dah Islam ( iye ke? ), mati nanti kalau kena celup dalam neraka sekalipun, last-last masuk syurga juga ( iye ke? ). Korang pun rata-rata konfiden dapat masuk syurga, tu yang gelak kuat sepanjang masa. Tak gitu?



Make sure korang Islam

Kat Mykad tulis 'Islam', nama pun memang Islam, rukun Islam hafal, rukun iman toksah tanya, masa tadika dah ingat semua. Ucap syahadah lebih dari lima kali sehari (bagi yang solat laa). Pendeknya kalau kutuk korang kafir memang nak makan penendang kung-fu panda la jawabnya.


Make sure iman kuat

Kekuatan iman korang memang tak boleh dinafikan lagi dah. Korang percaya dengan sepenuh hati adanya Allah, malaikat, kitab Al-Qur'an, nabi, hari akhirat serta qada' dan qadar. Satu pun korang tak tolak walaupun korang tak solat, bela jin, tak reti baca Qur'an, tak amalkan sunnah, gila dunia dan tak tau apa makna qada' dan qadar tu. Qada' solat tu selalu le.


Make sure amal bertimbun

Bab amal korang memang hebat. konsert amal korang tak pernah miss. Solat lima waktu dah berpuluh-puluh tahun, dah expert dan express. Orang solat sepuluh minit, korang buat bawah seminit. Pro lah katakan. Tu yang boleh buat banyak. Pergi haji dah banyak kali. Pergi umrah toksah cakap, tahap balik hari. Sedekah bukan sikit-sikit, cek besar signboard. Nak apa lagi?


Make sure Tuhan redha

Bab ni payah sikit (kata tadi tips mudah...). Tak kesahlah apa yang korang baca kat atas tadi, kalau yang ni tak pas, tak kompom, kira disqualified...walk-over...balik awal. Nak masuk syurga bukan kira berapa lama korang bergelar Islam, bukan kira berapa banyak amal, berapa banyak pahala, tapi semata-mata atas keredhaan-Nya, Dia punya 'approval'. Korang pak imam sekalipun kalau dah tak dapat redha-Nya maka jangan mimpi la nak dapat bau syurga. Kesimpulannya memang takde 'tips mudah masuk syurga'. Nak tau cara-cara masuk syurga kena belajar agama, kena belajar hidup bertuhankan Allah, kena cari ustaz, kalau tak jangan berangan la nak dapat tiket free masuk syurga. Ok? Ada faham? Orait.

3 comments:

  1. Huhuhu.. hebat -hebat.. nak masuk neraka ada tips tak? huhuhu

    kata rabiatul adawiyah : nescaya aku terjun ke neraka andai ada setitik rahmah Allah di sana.. subhanallah.. dalamnya erti cinta kepada Yang Esa..

    ReplyDelete
  2. ala make sure make sure je..make up xleh ke bang? ahhahaha~!

    ReplyDelete
  3. ada ke syurga?..kalau ada kat maner eh..

    ReplyDelete

Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.