Thursday, March 19, 2009

CCTV


Zaman sekarang semua tempat ada CCTV. Elok le tu...untuk keselamatan. Orang nak buat tak senonoh pun takut sikit. Malangnya kita manusia tak sedar yang kita senantiasa diperhatikan tak kira masa dan kat mana kita berada. 24-7! (Doplopat jam seminggu lee)

Pak Guard Malaikat

Ni bukan pak guard nepal yang tak reti bahasa, diorang ni kerja tak kira masa. Korang pegi mana pun diorang ikut. Nama dia Raqib dan Atid, sorang kiri sorang kanan. Dari sekecik-kecik perbuatan sampai ke sebesar-besarnya, semua diorang rekod. Takde benda yang diorang tak catit. Nanti kat sana korang tengok le sendiri buku catitan tu, kalau dapat tangan kanan selamat kalau dapat tangan kiri naye.

Playback

Nanti bila korang dah nyawa-nyawa ikan dah nak jalan akan ada satu sesi tayangan perdana. Apa benda yang korang buat kat atas dunia ni akan diflashbackkan untuk tontonan korang. Kalau ceritanya elok maka korang senyum sensorang, kalau ceritanya seram, horror, huru-hara...masa tu sendiri mau ingat laa. Oleh itu kat atas dunia ni buat perangai elok-elok sikit. Ingat dalam TV je ada reality show? Korang sekarang pun tengah dalam pembikinan reality show korang sendiri. Jangan sampai kat sana nanti kena 'You're Fired!'. Ni bukan small-small punya fire brader, Hell Fire!!!

Line Clear

Kita bila nak buat jahat aje gerenti survey tengok line clear dulu, takut ada orang nampak, takut kantoi. Korang sedar tak yang Tuhan senantiasa melihat apa yang korang buat? Apa yang korang terniat dalam hati pun Dia tahu, tau tak! Mana ada istilah line clear, korang sememangnya sentiasa kantoi. Jangan perasan la korang boleh nyorok dari dilihat Tuhan. Problemnya korang tak takut Tuhan, korang takut pak guard, polis, cikgu disiplin, mak bapak korang, pak mentua dan sebagainya. Kat dunia korang boleh le lepas, kat sana nanti siap la menjawab.

Delete

Korang kalau sedar cepat, insaf, nak tobat tapi risau banyak sangat rakaman tak senonoh korang sebelum-sebelum ni cemana nak delete, jangan le risau. Dia kan suka orang bertaubat, baliklah ke pangkal jalan, taubatlah bersungguh-sungguh. Sangka baik la pada Tuhan, jangan putus asa walau dosa korang setinggi gunung dan sedalam laut. Untung-untung semua yang tak elok tu dideletekan dari rekod korang walaupun orang ramai masih ingat perbuatan jahat korang sampai korang mati, walau korang dah mintak maaf kat diorang. Yang penting korang dah redha dan Tuhan dah redha kat korang. Orang tak redha lantak diorang la. Bukan diorang yang nak hisab korang kat sana nanti.

4 comments:

Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.