Thursday, March 12, 2009

Nabi No. 1



Korang sayang Nabi tak? Korang respek Nabi tak? Korang rindu nak jumpa Nabi tak? Kalau semuanya jawab tak tau, tak sure, entahlah, kengkadang...macam mana la kat sana esok kita nak join Baginda Rasulullah s.a.w bergathering dengan umat-umat yang setia di Al-Kautsar water park di kala umat manusia lain tengah jem krem siksa yang amat.


Selawat Selalu

Nak tau siapa yang paling kedekut... Nabi kata, tu le orang yang taknak selawat kat dia bila dengar nama dia disebut. Susah mende, tak luak air liur tu setakat nak selawat kat Nabi. Yang berat sangat lidah nak selawat tu apa hal? Bukan kena keluar duit pun. 


Sunnah Study

Nabi tu dah bagi segala macam contoh untuk kita semua ikut dari semua sudut lifestyle. Yang korang dok follow lifestyle amerika la, negro la, british la, apa ke mengarut. Elok bebeno le tu. Nanti kat sana sedar-sedar dibangkitkan bertepek dengan diorang. Padan muko.


Syukur Sokmo

Korang tak syukur ke dilahirkan jadi umat Baginda Rasulullah s.a.w? Nabi-nabi lain pun kalau boleh nak jadi umat Nabi Muhammad s.a.w korang tau tak? Banyak privilege, advantage, bonus point berlipat kali ganda...cerita tak habislah. Dah tu kalau syukur, selawat selalu, sunnah nabi study dan follow, untung-untung layak le jadi members of Al-Kautsar Club kat sana kelak.


Sayang Sesayang-Sayangnya

Sahabat Nabi sayang Nabi lebih dari sayang diri mereka sendiri. Kita usahkan nak sayang, nak dengar kisah Nabi pun mengantuk. Kisah Micheal Jackson suka pulak. Sirah Britney Spears, Rihanna, Justine Tasikbalak (Timberlake) semua hafal, follow, tiru. Cuba fikir sikit, kat sana nanti siapa yang boleh tolong korang dari kena siksa yang amat? Artis Hollywood ke Al-Amin Saidina Muhammad Rasulullah s.a.w? Lu fikir la sendiri. 





No comments:

Post a Comment

Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.