Wednesday, March 25, 2009

TANDOORI VS BRUCE LEE

Click on picture for full view

ALI & DAVIDSON RETURN

Click on picture for full view

ALI & DAVIDSON & FRIENDS

Click on picture for full view

MAMAK TANDOORI & FRIENDS

Click on picture for full view

TOK PUTIH & FRIENDS

Click on picture for full view

MURAHGURU & FRIENDS & FOES

Click on picture for full view

TOK PUTIH AND PAKCIK DIN







Click on picture for full view

PAKCIK DIN VS LIM TAT

Click on picture for full view

Thursday, March 19, 2009

CCTV


Zaman sekarang semua tempat ada CCTV. Elok le tu...untuk keselamatan. Orang nak buat tak senonoh pun takut sikit. Malangnya kita manusia tak sedar yang kita senantiasa diperhatikan tak kira masa dan kat mana kita berada. 24-7! (Doplopat jam seminggu lee)

Pak Guard Malaikat

Ni bukan pak guard nepal yang tak reti bahasa, diorang ni kerja tak kira masa. Korang pegi mana pun diorang ikut. Nama dia Raqib dan Atid, sorang kiri sorang kanan. Dari sekecik-kecik perbuatan sampai ke sebesar-besarnya, semua diorang rekod. Takde benda yang diorang tak catit. Nanti kat sana korang tengok le sendiri buku catitan tu, kalau dapat tangan kanan selamat kalau dapat tangan kiri naye.

Playback

Nanti bila korang dah nyawa-nyawa ikan dah nak jalan akan ada satu sesi tayangan perdana. Apa benda yang korang buat kat atas dunia ni akan diflashbackkan untuk tontonan korang. Kalau ceritanya elok maka korang senyum sensorang, kalau ceritanya seram, horror, huru-hara...masa tu sendiri mau ingat laa. Oleh itu kat atas dunia ni buat perangai elok-elok sikit. Ingat dalam TV je ada reality show? Korang sekarang pun tengah dalam pembikinan reality show korang sendiri. Jangan sampai kat sana nanti kena 'You're Fired!'. Ni bukan small-small punya fire brader, Hell Fire!!!

Line Clear

Kita bila nak buat jahat aje gerenti survey tengok line clear dulu, takut ada orang nampak, takut kantoi. Korang sedar tak yang Tuhan senantiasa melihat apa yang korang buat? Apa yang korang terniat dalam hati pun Dia tahu, tau tak! Mana ada istilah line clear, korang sememangnya sentiasa kantoi. Jangan perasan la korang boleh nyorok dari dilihat Tuhan. Problemnya korang tak takut Tuhan, korang takut pak guard, polis, cikgu disiplin, mak bapak korang, pak mentua dan sebagainya. Kat dunia korang boleh le lepas, kat sana nanti siap la menjawab.

Delete

Korang kalau sedar cepat, insaf, nak tobat tapi risau banyak sangat rakaman tak senonoh korang sebelum-sebelum ni cemana nak delete, jangan le risau. Dia kan suka orang bertaubat, baliklah ke pangkal jalan, taubatlah bersungguh-sungguh. Sangka baik la pada Tuhan, jangan putus asa walau dosa korang setinggi gunung dan sedalam laut. Untung-untung semua yang tak elok tu dideletekan dari rekod korang walaupun orang ramai masih ingat perbuatan jahat korang sampai korang mati, walau korang dah mintak maaf kat diorang. Yang penting korang dah redha dan Tuhan dah redha kat korang. Orang tak redha lantak diorang la. Bukan diorang yang nak hisab korang kat sana nanti.

Monday, March 16, 2009

Bisnes Tips


Korang nak tau apa bisnes yang paling menguntungkan, takde risiko dan komfom boleh berjaya punya asalkan korang buat dengan hati yang ikhlas dan penuh kesungguhan...Nabi sendiri jadi gerentor takkan tak sungguh kot.

Recycle dunia untuk dapat akhirat

Dunia dan semua isinya semua tak kekal, esok lusa rosak, reput, expired, paling senang diri korang sendiri laa...anytime boleh expired, cuma expiry date tu tak tulis kat dahi. Apa yang Tuhan bagi kat korang kat dunia ni bukan bagi saje-saje, amanah semua tu. Nak tengok korang buat apa dengannya. Siapa reti recycle dunia dengan cara yang betul gerenti dia dapat habuan kat akhirat yang kekal. So jangan kedekut la brader. What you give, you get back.

Money Exchange

Ni bukan tukaran wang asing biasa tapi tukar wang korang dengan kebaikan yang kekal abadi. Korang bagi derma anak yatim, derma masjid, derma sekolah agama, tu semua outlet-outlet money exchange Tuhan semua tu. So kalau dah tahu dan memang kompom pun korang akan fly ke Darul Akhirat yang matawangnya bukan ringgit Malaysia atau US dollar, korang tukar la duit yang korang ada sekarang sebelum terlambat. Rate sekarang memang tak pernah merugikan laa wa cakap lu, yang beribu kali ganda pun ada! 

Public Service

Mungkin korang takde modal nak labur dalam bisnes-bisnes ni, korang masih boleh laburkan masa dan tenaga korang. Apa kemahiran yang korang ada gunakanlah pada jalan Tuhan gerenti korang tak akan rugi. Ada ilmu ajar, ada kederat kerja, ada masa luangkan untuk Dia. Korang ingat Tuhan tu tak bayar gaji korang ke? Lebih pada tu pun Dia boleh bagi. Masalahnya kebanyakan kita rakus sangat, nak ambil habuan kita kat dunia juga walaupun Dia dah kata banyak kali dah habuan kat akhirat tu lagi best gile dan kekal selama-lamanya. Sabar lee...tah-tah sat lagi korang dah kena posting ke sana, tak pun esok lusa. Kat sana nak kerja amende lagi, enjoy aje lee.

Fix deposit

Korang simpan semua hasil penat lelah korang kat mana? Kalau masih nak simpan kat bank jugak memang korang akan menyesal. Bukan kata simpan kat sana tak selamat tapi korang tu yang pasti akan selamat, selamat jalan laa. Cuba la bagi Tuhan simpan, Dia sikit pun takkan mengurangkan simpanan korang malah Dia lipat gandakan pulak lagi sampai tak larat korang nak kira. Mana nak simpan? Nun kat rumah anak yatim boleh, masjid boleh, ma'had tahfiz boleh, banyaklah cawangan yang Tuhan letak di merata-rata tempat. So, pandai-pandailah korang berurusniaga dan menyimpan dengan Tuhan. Jangan berkira, jangan kedekut, jangan rakus. Pokoknya ikhlas. Deal...or no deal?

Thursday, March 12, 2009

Nabi No. 1



Korang sayang Nabi tak? Korang respek Nabi tak? Korang rindu nak jumpa Nabi tak? Kalau semuanya jawab tak tau, tak sure, entahlah, kengkadang...macam mana la kat sana esok kita nak join Baginda Rasulullah s.a.w bergathering dengan umat-umat yang setia di Al-Kautsar water park di kala umat manusia lain tengah jem krem siksa yang amat.


Selawat Selalu

Nak tau siapa yang paling kedekut... Nabi kata, tu le orang yang taknak selawat kat dia bila dengar nama dia disebut. Susah mende, tak luak air liur tu setakat nak selawat kat Nabi. Yang berat sangat lidah nak selawat tu apa hal? Bukan kena keluar duit pun. 


Sunnah Study

Nabi tu dah bagi segala macam contoh untuk kita semua ikut dari semua sudut lifestyle. Yang korang dok follow lifestyle amerika la, negro la, british la, apa ke mengarut. Elok bebeno le tu. Nanti kat sana sedar-sedar dibangkitkan bertepek dengan diorang. Padan muko.


Syukur Sokmo

Korang tak syukur ke dilahirkan jadi umat Baginda Rasulullah s.a.w? Nabi-nabi lain pun kalau boleh nak jadi umat Nabi Muhammad s.a.w korang tau tak? Banyak privilege, advantage, bonus point berlipat kali ganda...cerita tak habislah. Dah tu kalau syukur, selawat selalu, sunnah nabi study dan follow, untung-untung layak le jadi members of Al-Kautsar Club kat sana kelak.


Sayang Sesayang-Sayangnya

Sahabat Nabi sayang Nabi lebih dari sayang diri mereka sendiri. Kita usahkan nak sayang, nak dengar kisah Nabi pun mengantuk. Kisah Micheal Jackson suka pulak. Sirah Britney Spears, Rihanna, Justine Tasikbalak (Timberlake) semua hafal, follow, tiru. Cuba fikir sikit, kat sana nanti siapa yang boleh tolong korang dari kena siksa yang amat? Artis Hollywood ke Al-Amin Saidina Muhammad Rasulullah s.a.w? Lu fikir la sendiri. 





Sunday, March 8, 2009

Happy Birthday Dear Rasulullah S.A.W


Kaulah bulan kaulah matahari
Menyinari kami sepanjang zaman
Selawat dan salam atas mu Nabi
Syafaat mu kami amat harapkan

Tempat lahir mu di Mekah
Tempat wafat mu di Madinah
Hadir mu membawa barakah
Pergi mu meninggalkan sunnah

Hidup mu hikmah pengajaran
Ucapan mu hadis ikutan
Kau tinggalkankan kami Al Qur'an
Serta sunnah mu sebagai amalan

Rupa wajah mu kami impikan
Hadirmu adalah kebenaran
Tiada mampu ditiru syaitan
Mimpi ketemumu kami impikan

Wahai rasul ikutan
Kekasih sepanjang zaman
Syafa'at mu kami harapkan
Pimpinlah kami menuju Tuhan