Monday, September 28, 2009

Apa beza kita dan Firaun?



Kalau orang kata kita ni sebijik macam Firaun gerenti kita melenting punya kan? Cuba korang fikir sejenak, running sikit otak kita yang benak, hmmmm...ha-ah laa! Sama!



Firaun kata dia tuhan

Korang tu apa lainnya. Kita semua mana pernah tengok tuhan. Tengok cermin nampak diri sendiri. Buat apa pun ikut kehendak hati sendiri, ikut logik akal kepala bengal sendiri, tau nak hidup menyenangkan diri sendiri, semuanya kerana kepentingan sendiri, segala puji hanya untuk diri sendiri, jelas sangat sikap Firaun dalam diri. Jauh sekali nak ikut suruhan tuhan yang kita pun percaya pakai sebut kat mulut tapi tak semua yang disebut masuk ke perut. Kat hati ada la sikit-sikit sangkut. Tu pun dalam sibuk ingatan luput, iman semput, nak sambut seruannya memang takut, bukan takut kat Tuhan tapi takut dunia tak sempat nak korang kaut.

Firaun kata dia ada kuasa

Kita pun sama apa! Kena pulak bila dah bergelar 'pihak berkuasa'. Sikit-sikit guna kuasa, ustaz nak tegur pun dah tak kuasa. Lagi tinggi naik lagi besar kuasa, lagi besar kepala, lagi takabbur, lagi sombong. Hatta bila banyak kuasa kita buat banyak harta. Kuasa belian tinggi, semua boleh beli, usahkan barang mewah, orang pun kita boleh beli. Nak apa? Tok kadi? Tok Hakim? Bini toksah kira la, tahap timbang kati.

Firaun tak sakit

Kita bukan saje tak sakit tapi tahap cari penyakit. Apa nak takut sakit, hospital klinik bersepah. Kalau sakit kronik hospital pakar ada, tak cukup under the sea, oversea pun ada. Mana ada orang sakit mintak doa kat tuhan dah, mintak ubat kat doktor laa. Nazak nak mati pun cari doktor lagi. Dah mati baru keluarga cari tok imam nak uruskan jenazah.

Firaun lawan nabi

Zaman sekarang mana ada nabi dah. Kalau ada mau jugak kita lawan gamaknya. Mana taknya, apa yang nabi tinggalkan semuanya kita tinggalkan sama. Orang nak ikut seruan nabi kita tentang bangang-bangang, kita kata seruan dan ajaran nabi mana sesuai lagi sekarang. Kita yang tak ikut nabi boleh hidup senang. Orang nak tegakkan syiar nabi kita tentang, kita serang, kita tuduh bangang. Apa barang?