Thursday, July 16, 2009

Kunci ke Syurga ( Versi Melayu )


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bagi mereka yang mencari jalan ke syurga
Ketahuilah bahawa untuk memasukinya perlu kunci
Kuncinya ialah suatu kombinasi
Sebelum kita tiba ke dunia nombornya kita ingat
Selama ini ia ada bersama-sama kita
Namun ianya luput dari ingatan bila bertambah usia
Tapi ia terpahat di hati nurani
Untuk ingat semula kita perlu berusaha
Hati kita tahu bila mana usaha kita selari dengannya
Sama seperti membuka peti besi
Ingat usaha-usaha tersebut
Cari kombinasi yang betul
Susunan yang betul
Ikuti turutan ini sepanjang hidup kamu
Pasti kamu akan menemui jalan ke syurga
Kerana itulah Saidatina Aisyah r.a. ada berkata
Rasulullah s.a.w akhlaknya adalah Al-Qu'ran
Baginda s.a.w lah kuncinya
Kombinasi yang tepat
Baginda s.a.w hidup cara hidup yang sepatutnya kita hayati
Baginda s.a.w lah jawapan pencarian ini
Pencarian jalan menuju syurga yang abadi