Friday, April 10, 2009

Duit.



Duit boleh belikan tiket untuk korang ke syurga, tapi ramai yang tempah tiket ke neraka. Kenapa? Diorang takde akal ke? Tiket nak ke neraka pun kena bayar ke? Bukan free ke? Mahal ke tiket nak ke syurga? Kenapa kebanyakan tiket ke syurga ditempah oleh orang miskin sampaikan Nabi ada doa untuk mintak jadi miskin? Apa yang kita semua tak tahu atau buat-buat tak tahu? 


Apa ada pada duit?

Siapa taknak duit kan? Siapa pulak nak duit dia dapat kat orang lain ye tak? Kalau korang rasa duit adalah segalanya maka korang dah mengangkat duit lebih utama dari sepatutnya. Korang tak sanggup nak berpisah dengan duit yang korang ada macam Encik Krab dalam Sponge Bob. Korang tak boleh hidup tanpa duit. Korang tak sanggup berpisah dengan duit. Korang sanggup buat apa sahaja untuk duit. Pernah tak korang tukar perkataan 'duit' tu dengan 'Tuhan'?

Duit siapa pada kita?

Kalau dah dok dalam wallet korang tentu le korang yakin duit tu korang punya kan? Kalau korang bagi derma pun korang rasa korang la yang bagi rezeki kat orang yang terima duit korang tu kan? Tak ke camtu? Korang nak orang yang terima duit dari korang tu berterima kasih kat korang, kenang budi korang, hormat kat korang. Kat mana Tuhan dalam senario ni? Pastu korang mengaku koranglah yang pemurah dan korang nak Tuhan ingat kemurahan hati korang yang suka berderma tu kan?

Ada duit semua boleh jadi?

Memang bila ada duit semua boleh jadi. Jadi takbur, jadi tamak, jadi angkuh, jadi riak, suma'ah, dan jadi macam-macam lagilah. Jangan salahkan duit tu bro.! Duit tu tak menanggung dosa atau pahala. Pokok pangkalnya korang. Korang bila tak berduit komplen kat Tuhan tapi bila berduit tak berapa nak ingat Tuhan. Pastu korang sangka kalau dah ada banyak duit korang dah tak sibuk nak kejar dunia dan boleh beribadat dengan tenang walhal kat luar tu korang tengok orang yang ada duit semua huru-hara mengejar projek, menguruskan bisnes, bizi siang malam, lupa keluarga, lupa sejadah...dan korang masih percaya duit boleh memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Syukur dengan pemberian dan apa yang diberi.

Ada duit syukur, takde duit sabar ajelah. Cukup ke bersyukur dengan memuji Tuhan aje? Tuhan suruh buat apa dengan duit tu tak pulak korang buat. Mana zakat? Mana sedekah? Nak tunggu duit banyak dulu baru boleh buat semua tu ke? Korang tengok orang yang banyak duit dari korang buat camtu ke? Bukan ke lagi kedekut, lagi kemut, lagi bakhil tahap nauzubillah? Apa beza korang dengan diorang? Siapa lagi dermawan, jutawan yang menderma seribu ringgit atau si fakir yang menderma singgit sahaja kerana dia cuma ada itu aje? Pastu korang nak serah pakai cek besar bagi semua makhluk kat dunia nampak. Korang ingat Tuhan tak nampak ke? Pilihan di tangan korang. Nak book flight ke syurga atau sebaliknya. Korang fikirlah sendiri!

Tandoori (English version)

Click on picture for full view.