Wednesday, December 16, 2009

Fitnah






Korang pernah bunuh orang tak? Tak pernah? Ye ke? Jangan terkejut kalau kat sana nanti korang tanggung dosa macam membunuh orang, bukan sorang tapi ramai. Tu le bahana fitnah. Gossip, ngumpat, ngutuk...semua tu adik beradik fitnah belaka. Zasss...layan...


Pembuat fitnah

Kalau takde apa nak cakap baik diam aje. Ni tak, ada-ada aje cerita korang pasal orang, tak cukup dengan cerita tah betul ke tak, korang top-up pulak dengan cerita fiksyen tambahan yang lebih sedap, panas, pedas...tambah dalam perbualan sesedap rasa asal seronok dicanang. Sudahnya korang dah buat fitnah. Korang dah 'bunuh orang' secara tak langsung.

Penyebar fitnah

Asal ada cerita hangat je korang sampaikan kat semua orang, tak kesah le sumbernya sahih ke tak, janji ada cerita. Kata korang, tipu orang yang cakap tu, tipu jugak korang...dalam erti kata lain, masuk neraka orang tu, masuk neraka jugak la korang. Ada yang sebarkan fitnah sebagai mata pencarian, dapat gaji bagi makan anak bini. Mana la rezeki nak berkat. Internet semua benar, blog semua soheh, surat khabar semua baik...Al Quran korang tak berapa nak percaya pulak ye?

Pendengar fitnah

Korang mudah percaya apa yang korang baca, dengar, tengok kat TV. Korang takde nak usul periksa, tau-tau nak menghukum orang aje, buruk sangka, cemuh orang sana-sini, ulamak pun korang naik benci. Apa nak jadi dengan kita semua? Mati hati, buta tuli...hidup macam zombi, bunuh orang hari-hari, makan daging saudara sendiri. Hati sebegini dah lama mati walau jasad hidup lagi. Sebab tu hati tu busuk. Penuh benci. Pasal tu hati camni keras, hitam, takde nak ingat Tuhan. Korang solat dengan jasad je ke? Hati tak solat?

Fitnah itu ujian

Bagi mereka yang difitnah, sabarlah kerana Allah bersama korang, doa orang teraniaya direct, approve serta merta. Ni semua ujian, sabar dapat pahala, tak sabar tak dapat apa. Yang pastinya Allah nak uji korang dengan fitnah yang dilemparkan. Korang mungkin hina di mata manusia namun di sisi Allah sebaliknya. Apa nak kesah pandangan manusia dibanding dengan pandangan Allah. Lantak dioranglah.