Saturday, January 31, 2009

"Ya Allah, kayakanlah aku macam Bill Gates, hensemkan aku macam Brad Pit, aaa...apa lagi aaa?...

Oh dear God....Please make me as rich as Bill Gates and as good looking as Brad Pitt...Oh please God!!!

Dengki

Dengki
Walaupun kita tak belajar tinggi namun rata-rata kita semua dah ada Phd (Penyakit hasad dengki). Ni penyakit merbahaya yang merosakkan hati dan takde lagi farmasi yang jual ubat untuk menyembuh mahupun menahan sakit dengki ni.



Kenapa dengki?
Kita berdengki kerana kita bercita-cita agar hilang nikmat daripada orang lain. Makna kata kita tak kesah kalau nikmat tu tak dapat kat kita asalkan orang tu pun tak dapat sama. Buruk perangai dengki ni tuan-tuan. Tu yang tuan-tuan suka sangat. 


Apa dapat dengan dengki?
Dapat dosa tu memang dah kompom. Dapat sakit hati, dapat rasa benci, dapat hangin satu badan bila tengok orang lain senang. Dapat nikmat macam apa yang orang tu dapat memang takdelah tuan-tuan. Dapat bala mungkinlah. Orang dapat kereta mewah, kita beli kereta mewah sebab dengki, sudahnya duit habis tau-tau kereta kena tarik. Dapat malu la pulak.


Siapa pesakit dengki?
Pesakit dengki ni ramai tak terkira. Kalau nak buat hospital sakit dengki gerenti tak cukup tanah. Nak buat cemana, orang kaya pun berdengki walau dah bergelumang dengan nikmat. Nak buat cemana, hati tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada, berangan nak nikmat yang lebih lagi.


Apa ubat dengki?
Benda kotor memang banyak penyakit hinggap, maka bila mana hati kita kotor sebab tu la macam-macam penyakit bersarang dan salah satu daripadanya ialah dengki. Nak buat macam mana? Bersihkanlah hati tu. Jangan minum Clorox, jangan telan berus jamban, bukan macam tu nak cuci hati. Belajarlah ilmu agama, beramallah dengan ilmu agama, hiduplah dengan damai mengikut ajaran agama. Tu je ubatnya.

Tak payah la berdengki
Tuhan bagi nikmat, Tuhan tak bagi nikmat, Dia nak bagi kat siapa, itu Dia punya sukalah! Yang korang sakit hati sangat ni kenapa? Korang tak puas hati kat siapa sebenarnya? Bengang kat Tuhan ke? Korang tu siapa nak di banding dengan Tuhan? Korang tuduh Tuhan tak adil ke? Apa ke buruk perangai kita ni sampai bersangka buruk dengan Tuhan! Hati-hati macam ni tak reti nak bersyukur, lagi banyak diberi nikmat lagi sesat. Dahlah. Bawak-bawak bertaubat. Astaghfirullah.

Thursday, January 15, 2009

Wednesday, January 14, 2009

TEARS IN HEAVEN

"TADI TU YOU PUNYA 'MERCE' KE? KENA TARIK KE?""EHEH...TAKDELAH! BUKAN KENA TARIK, I YANG TOLAK. ERRR...NAK ANGKAT FERRARI PULAK!"
"NAK SAYA TIPONKAN 'BERSAMAMU' KE CIK KIAH?"

(" BERSAMA TENGKORAK KAMU!")

Tuesday, January 13, 2009

Apa beza kita dan Yahudi?



Apa beza kita dan Yahudi?

 Semua orang kutuk Yahudi sebab takde hati perut pedal limpa membunuh rakyat Palestin ikut sedap tekak kerongkong diorang. Memang diorang bangsa yang dilaknati tuhan dari dulu lagi. Kita semua benci Yahudi. Tu kata kat mulut moncong kita laa...tapi betul ke kita ni benci Yahudi. Ke kita pun sama ada sifat-sifat yang ala-ala Yahudi dalam diri tanpa kita sedari. Mari kita pakat-pakat fikir sendiri.


Yahudi perasan bangsa dia yang paling mulia

Bila dah perasan best maka orang lain memang tak best. Sifat bongkak berlagak tak tunggu kaum Yahudi aje, kalau kita sendiri ada sikap camni maka sama jugaklah kita macam Yahudi laknatullah tu. Kita perasan best sebab kita dari keluarga berada, berpangkat, berkedudukan, bergaul dikalangan orang yang perasan best belaka pastu menyombong membongkak berlagak, nak kata apa lagi? Yahoo-di-sana-sini!

Yahudi disokong kuasa besar

Kita kalau ada back-up dari orang besar lagi berkuasa cukup le, macam-macam la akal kita. Mintak tanah la, mintak projek la, mintak sain la, apa boleh mintak kita mintak. Dah tak mintak kat tuhan dah. Kita buat macam tuhan tu takde kuasa. Kita yakin apa yang kita nak kita boleh dapat dengan sandaran manusia yang ada kuasa. Masa tu kita dah tolak tuhan ke masjid sahaja, keluar masjid tuhan dah macam takde, tu yang buat kerja jahat laknat khianat selamba ayam serama aje. Bila malam kita pergi masjid balik, kita solat, kita baca yasin. Apa ceritanya ni?

Yahudi dapat sokongan kita

Kita lantang mengutuk kekejaman Yahudi di semenanjung Gaza. Dah penat menjerit kita lepak makan kat kedai milik Yahudi. Balik rumah kita bukak tv pastu layan cerita yang dibuat oleh Yahudi. Esok beli barang rumah, baju, seluar dan sebagainya kat gedung-gedung kroni Yahudi. Sudahnya duit dari kocek seluar kita masuk akaun diorang dan akhirnya buat beli peluru dan bom tentera Yahudi unrtuk bunuh saudara Islam kita kat Palestin. Apa kita nak kata depan Allah kelak?

Yahudi suka tindas orang

Kita pun apa kurangnya. Ada duit sikit, ada kedudukan, ada pangkat, ada syarikat, orang yang lemah kita tindas. Kita abaikan hak diorang, kita cekik darah diorang, kita habiskan nyawa mereka membanting tulang untuk mengkaya-gilakan diri kita dan keluarga kita. Kita tak ambil port pun keperluan serta kebajikan diorang yang juga ada anak bini dan orang tua dibawah tanggungan mereka dan ada juga mereka yang dah jadi anak yatim setelah ketiadaan ibubapa. Ingatlah, Yahudi dilaknat tuhan. Jangan sampai kita pun kena laknat sama.