Pernah tak korang terfikir yang hidup kita ni satu exam yang mana kita semua sedang mendudukinya sedar atau pun tak. Result dia nanti dapat kat Padang Mahsyar. Siapa score joli katak, siapa fail mati katak...errr, silap...kat sana tak mati-mati dah, jadi katak salai. Selamat menjawab periksa.
Masa yang diberikan...
Kalau exam kita tahu masa yang diperuntukkan berapa jam tapi exam ni takde siapa yang tahu. Sedar-sedar dah habis masa. Kalau ada lebih masa pun kalau tak reti nak jawab tak guna jugak. Kalau masa yang diperuntukkan tu digunakan sebaik-baiknya gerenti calon boleh score straight A's tapi kalau sambil berangan, tidur, gelak-gelak, tu yang komplen tak cukup masa tu.
Soalan wajib...
Soalan dia semua orang dapat sama saja, siap dah dibocorkan oleh Nabi s.a.w. Alaaa...soalan yang Pak Imam baca talkin tu la. Siapa tuhan kamu...bla-bla-bla. Ni ramai calon silap paham, tunggu lepas dah keluar dewan peperiksaan yakni dunia ni baru nak jawab. Tau pun teori aje, praktiknya tak. Mana nak pas. Examiner yang dua kat dalam kubur tu dah masak sangat dengan jawapan tak berasas ni.
Boleh tiru...
Kalau nak kira mana ada exam digalakkan meniru tapi exam ni semua disarankan meniru. Tapi kena tiru yang terbaik la, tiru sunnah Nabi s.a.w. Ni ada pulak yang tiru Firaun la, tiru Yahudi la, dah sah-sah diorang tu memang gerenti kantoi yang pakat dok tiru tu apahal? Ada pulak yang main agak-agak aje, tembak sana-sini, goreng ikut kepala hotak sendiri. Nak kata cemana ek? Tu le orang ajak study taknak. Sombong macam la dia tahu jawapan.
Boleh bukak buku...
Pergh! Siap bagi buku lagi gitu. Masalahnya calon-calon tak ramai yang nak bukak buku ni. Buku mana lagi kalau bukan Al-Qur'an. Semua ada buku sorang satu, ada yang beli buku mahal, ada yang dah lunyai, yang takde tak payah risau, kat masjid surau berlambak. Masalahnya takde siapa nak baca, ada yang baca tak faham, ada yang paham tapi buat-buat tak paham, maklum le tak semua hukum-hakamnya yang selari dengan hawa nafsu.
Bila masa dah tamat...
Ni biasa la, time hujung-hujung le kalut nak mintak kertas tambahanlah, menggelabah cek jawapan yang tertinggallah, nak tembak, nak mintak tambah masalah, mana boleh dah. Kalau pemeriksa dah suruh letak pen tu paham-paham ajelah. Peperiksaan dah tamat. Menyesal pun tak guna dah. Siapa yang dapat buat dengan baik tersenyum puas hati dan yang mana buat main hentam sesuka hati gerenti frust menungkat dagu. Dah boleh gambarkan dah macam mana resultnya nanti. So, sementara masa masih belum tamat ni sila buat betul-betul ye, mana yang salah tu perbetulkan siap-siap jangan tunggu hujung-hujung baru nak gabra. Selamat maju jaya.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.