Wednesday, February 18, 2009

Kekasih Kita

Korang ingat dalam Islam takde istilah kasih sayang ke? Tu le korang, ingat nak berendut macam orang putih aje (bukan Tok Putih ok). Cuba la buat cara Islam, kan cantik. Muslim dan muslimah yang sebenar ialah korang-korang yang penuh kasih sayang, baru la Allah sayang kat kita. Love you all!



Bini kita
Siapa tak sayang bini? Bebel kuat ke, mengada-ngada ke, banyak songeh, bini korang jugak. Jangan la kasar sangat dengan diorang, baik perbuatan maupun percakapan. Nabi s.a.w kan ke suami yang paling romantik. Dulu masa ngorat gentle bebeno.

Anak kita
Nakal cemana, jahat cemana, kita sayang anak kita. Darah daging sendiri la katakan. Didik la jadi hamba Allah yang sejati walaupun korang tahap kayu pokok jati. Tak reti hantar kelas mengaji. Korang pun kena ngaji sekali. Karang tak le segan sangat kalau anak lagi alim dari korang.

Diri kita
Buruk cemana pun rupa, tak senonoh cemana perangai, kita tentunya sayangkan diri sendiri. Sebab tu Islam tak bagi kita bunuh diri. Ni korang hari-hari buat cubaan membunuh diri. Speeding la, rempit la, pil kuda la, ni semua kerja nak bunuh diri le. Allah dah bagi badan cukup sifat pun korang tak nak bersyukur.

Nabi kita
Dah le tak hidup sezaman, setakat tahu nama aje, rupa cemana pun tak tahu. Pergilah surau dengar sirah Nabi s.a.w, baru tau cemana Baginda sayang kat kita umatnya. Susah payah Baginda Rasulullah s.a.w nak menyempurnakan ajaran Islam supaya kita dapat hidup dalam nikmat mengetahui hikmat bertuhankan Allah dan bukannya busut, berhala serta manusia. Selawat la banyak-banyak tanda cinta kita padanya, insan yang menjadi rahmat untuk sekalian alam.

Pencipta kita
Dialah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Buktinya semua yang ada disekeliling kita dengan kita-kita sekali diciptakanNya dengan begitu indah pastu diberi rezeki dan macam-macam lagi walaupun kita tak rajin nak solat, perangai jahat, hati kelat, kaki maksiat. Kalau tak kerana sifat kasih sayangnya dah lama kita semua diperambat, kena lanyak lumat. So, sementara masih ada hayat apa kata kita hayati kasih sayang yang diberi, zahirkan dalam bentuk ibadat, bawak-bawak bertobat, sucikan hati kerana itu saja yang akan dinilai di akhirat. Cinta tu kan letaknya di hati, jadi apakah yang paling dekat di hati kita hari ni?

No comments:

Post a Comment

Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.