Wednesday, May 6, 2009

Hidup Selama-lamanya

Teringat lagu dulu-dulu 'Who Wants To Live Forever' oleh kumpulan Queens, siapa la nak hidup selama-lamanya kalau hidup melarat ye tak, tapi kalau kaya tentunya kita kalau boleh tak nak mati, tua kecut kerepot pun telan pil multi-vitamin nak panjangkan usia. Kalau jumpa malaikat Izrail pun nak mintak extent barang setahun dua lagi.


Semua kita hidup selamanya?
Korang ingat korang mati ke? Yang keras kejung tu jasad korang, bila dah tercabut roh. Korang tak mati sebenarnya, berpindah alam aje. Pasni korang hidup di alam barzakh la pulak sementara menunggu kiamat. Macam mana life korang kat sana? Korang tengok le apa lifestyle yang korang dok amal sekarang. Ramai tak ambil pot sebab so far takde yang dah ke sana patah balik untuk cerita kat kita.

Sebelum ni kita hidup macam mana?
Kalau sebelum ni korang hidup tak reti nak bertuhankan Allah dan berNabikan Muhammad s.a.w, makna kata, apa yang Tuhan suruh korang buat bangang, sunnah Nabi korang takde nak amal, korang ingat hidup kat dunia ni aje yang korang kejarkan, hidup korang di alam yang seterusnya jangan mimpi nak hidup senang. Walhal semua tu janji Tuhan dan Dia tak sekali-kali mungkiri janji. So apa tunggu lagi? 

Lepas ni kita hidup macam mana?
Kalau korang nak 'rest in peace', kat dunia ni kena la buat kerja sikit. Kerja dunia tu tak payah ceritalah semua orang tahu tapi kerja akhirat. Cari la bekal, tapau la pahala mana mampu, dosa-dosa yang lepas mintak ampun tobat sungguh-sungguh, kalau boleh cari masa belajar ilmu agama, dah ada ilmu tu ajar la kat anak bini. Jangan nanti korang kena belasah kat alam satu lagi kes anak bini korang buat kerja mengarut kat dunia ni sebab masa hidup dulu korang takde nak ajar tu yang diorang kurang ajar. 

Korang nak hidup macam mana?
Kalau kira semua orang dalam kubur nak layanan VIP, nak selamat, nak 'live happily ever after'. Sukahati korang la nak pilih tapi jangan dah sampai sana baru menyesal sebab kat alam ni korang main-main, lalai, leka, engkar, malas, mengada-ngada, banyak songeh dan sebagainya. Korang mengaku percaya pada hari akhirat, pada hari pembalasan, tapi korang tak pulak beramal untuk menempuhi alam yang seterusnya. Korang nak enjoy kat dunia, nak joli katak, nak layan kepala, 'live life' konon...life kat sana apa cerita? 

1 comment:

  1. salam nik,

    sama-samalah kita berblog..heheh

    ReplyDelete

Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.