Wednesday, December 16, 2009

Fitnah






Korang pernah bunuh orang tak? Tak pernah? Ye ke? Jangan terkejut kalau kat sana nanti korang tanggung dosa macam membunuh orang, bukan sorang tapi ramai. Tu le bahana fitnah. Gossip, ngumpat, ngutuk...semua tu adik beradik fitnah belaka. Zasss...layan...


Pembuat fitnah

Kalau takde apa nak cakap baik diam aje. Ni tak, ada-ada aje cerita korang pasal orang, tak cukup dengan cerita tah betul ke tak, korang top-up pulak dengan cerita fiksyen tambahan yang lebih sedap, panas, pedas...tambah dalam perbualan sesedap rasa asal seronok dicanang. Sudahnya korang dah buat fitnah. Korang dah 'bunuh orang' secara tak langsung.

Penyebar fitnah

Asal ada cerita hangat je korang sampaikan kat semua orang, tak kesah le sumbernya sahih ke tak, janji ada cerita. Kata korang, tipu orang yang cakap tu, tipu jugak korang...dalam erti kata lain, masuk neraka orang tu, masuk neraka jugak la korang. Ada yang sebarkan fitnah sebagai mata pencarian, dapat gaji bagi makan anak bini. Mana la rezeki nak berkat. Internet semua benar, blog semua soheh, surat khabar semua baik...Al Quran korang tak berapa nak percaya pulak ye?

Pendengar fitnah

Korang mudah percaya apa yang korang baca, dengar, tengok kat TV. Korang takde nak usul periksa, tau-tau nak menghukum orang aje, buruk sangka, cemuh orang sana-sini, ulamak pun korang naik benci. Apa nak jadi dengan kita semua? Mati hati, buta tuli...hidup macam zombi, bunuh orang hari-hari, makan daging saudara sendiri. Hati sebegini dah lama mati walau jasad hidup lagi. Sebab tu hati tu busuk. Penuh benci. Pasal tu hati camni keras, hitam, takde nak ingat Tuhan. Korang solat dengan jasad je ke? Hati tak solat?

Fitnah itu ujian

Bagi mereka yang difitnah, sabarlah kerana Allah bersama korang, doa orang teraniaya direct, approve serta merta. Ni semua ujian, sabar dapat pahala, tak sabar tak dapat apa. Yang pastinya Allah nak uji korang dengan fitnah yang dilemparkan. Korang mungkin hina di mata manusia namun di sisi Allah sebaliknya. Apa nak kesah pandangan manusia dibanding dengan pandangan Allah. Lantak dioranglah.



Sunday, December 6, 2009

Doa



Korang selalu ke berdoa? Korang mintak apa? Ke korang hafal doa kot arab pastu satu hapak tak faham apa yang korang mintak? Ke korang takde nak berdoa sebab tak caye doa korang akan Allah makbulkan? Daripada tadah tangan pada Allah baik tadah tangan kat menteri mintak projek ye tak? Hampes sungguh le korang ni.



Doa mintak senang

Kita kalau doa mintak merepek-repek...top five doa ialah mintak kaya, mintak rezeki berlipat ganda, mintak harta dunia, mintak bisnes maju, mintak senang banyak banding dengan orang sebelah. Allah dengar pun naik menyampah. Takde nak mintak tetap iman, mintak ampun, mintak kasih sayang dan rahmatNya. Korang mintak benda yang takde pekdah, buatnya dapat semua pastu korang terus lupa kat Dia, pastu elok esoknya meninggal terus terjun neraka. Cemana? Senang sangat le gitu.

Doa mintak elak susah

Kita semua beria-ia doa hari-hari mintak jauh dari susah, kalau boleh biar orang lain je susah, kita biar le senang memanjang. Bila kita dapat susah, mula la kita ingat doa kita Allah tolak, Allah tak sayang kat kita, Allah tak pandang kat kita walhal Allah bagi tu sebagai ujian nak naikkan darjat, nak ampunkan dosa, nak bagi habuan cemacam kat akhirat nanti kalau kita mampu bersabar dan berserah kat Dia. Korang nak selamat kat dunia yang sekejap ni tapi korang tak harap ke selamat kat akhirat yang kekal tu? Allah bagi susah nak bagi korang senang kalau korang faham. Doa la mintak sabar, mintak bersih hati, mintak faham, mintak Dia tunjukkan jalan yang Dia redhai bukan jalan ikut suka hati pedal kita yang tak tau apa ni.

Doa dan adab berdoa

Doa ni bukan sekadar tempat kita meminta, tempat request, tempat demand...jangan le ingat Tuhan tu kuli kita, mintak itu ini, suruh itu ini. Ni siapa hamba siapa Tuhan ni? Korang ingat Allah tak tahu ke masalah korang, kehendak korang, harapan korang? Tak salah nak mintak memacam tapi biarlah beradab, sedar diri siapa kita, hati-hati dengan apa yang kita minta. Jangan le sombong dalam berdoa, tamak, gabra, gelojoh, garang, ngantok, ngengada, nguap, ngelamun masa berdoa. Doa la sungguh-sungguh, doa dengan hati yang sujud, dengan hati yang pasrah dan berserah pada Dia, hanya Dia tempat kita mengharap. Boleh?

Doa mustajab

Kalau kira semua doa kita Allah dengar sebab Dia Maha Mendengar, biarpun korang doa dalam hati dan tak bersuara di mulut. Allah suka kita berdoa, kekadang Allah saje je biar kita berdoa lama sikit baru Dia makbulkan sebab Dia suka dengar rayuan kita yang mengharapkan belas kasih dariNya. Bukan cepat lambat dimakbulkan doa yang menjadi ukuran tapi sejauh mana kita mengharap dan berserah pada Allah yang buat doa kita tu indah. Apalah maknanya doa yang dimakbulkan kalau lepas dapat kita dah tak merayu dan mengharap padaNya lagi, sesilap ingat pada Allah pun dah susah. Berdoalah agar kita tak jadi camtu. Amin.

Friday, December 4, 2009

Percayalah



Ni bukan lagu Dato' Siti tapi ni nak pesan kat kita sesama Islam yang hafal rukun iman terutamanya percaya pada Allah. Nak jadi Islam satu hal, nak jadi orang yang benar-benar beriman lagi berat punya hal. Kenapa? Tak percaya?


Percaya pada Allah
Suatu masa dulu kat alam lain, kita semua percaya pada Allah, roh kita bersih semuanya, tapi bila dah sampai ke dunia, dah bergelumang sampai bersalut tebal dengan duniawi, kita percaya gitu-gitu je pada Allah. Yang mengaku Islam sebut le percaya pada Allah sebab takut tak dikatakan Islam tapi dalam hati belum pasti. Bukan ke Allah kata yang diperatikanNya ialah hati kita bukan apa yang kita kata? Nak cakap apa lagi?

Percaya pada janji Allah
Allah janji macam-macam dalam Al-Quran, Rasulullah s.a.w pun sampaikan janji-janji tu dalam hadis, ada kita percaya? Kita lagi percaya suratkhabar, ramalan cuaca, pembaca berita, tok bomoh, penganalisa ekonomi, ahli politik, saintis barat, tapi bukan Allah. Kat akhirat nanti bila dah terpampang semua amalan depan mata baru la kita kompom percaya. Masa sekarang belum nak percaya lagi, benda tak nampak, camne nak caye ye tak?

Percaya pada kasih Allah
Kasih Allah pada kita hambaNya sampaikan semua alam ni diciptakan untuk menafaat kita, tapi kita pelingkup satu alam macam la mak bapak kita punya, pastu takde nak bersyukur pada Allah. Itu pun Allah tak pelingkupkan kita, Dia bagi lagi kita rezeki, hidup mewah, sihat walafiat, umur panjang...supaya kita ingat kat Dia, kasihNya Allah pada kita. Ada korang nak percaya pada Dia? Korang percaya korang sihat sebab vitamin, kaya sebab projek, senang sebab kerja kuat. Lantak korang.

Percaya pada ilmu Allah
Allah tahu segalanya, kita apa tahu, buat-buat tahu selalu le, tahu sikit ngaku tahu belaka. Ilmu Allah tak terbatas, sebab tu Dia aje yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Kenapa kita nak persoalkan kerja Dia. Kita sedap je nuduh Allah tak adil, Allah tak pandai, Allah tak cekap...tak kat mulut pun dalam hati. Korang ingat korang lebih tahu dari Allah pasal tu korang tak yakin dengan hukum Allah, korang lagi rela ikut hukum manusia. Pastu ngaku beriman dengan Allah...logik ke?

Percaya Allah Ada
Bukan senang nak percaya Allah tu ada sepanjang masa...bukan le kata Allah selalu takde tapi kita yang selalu mentakdekan Allah. Kata percaya Allah, Allah nampak semua yang kita buat tapi buat jahat jugak, buat maksiat jugak, buat bangang aje dengan hakikat Allah tu Maha Melihat, Maha Mendengar. Cemana nak ngaku percaya pada Allah camtu? Mana letaknya iman kita pada Allah? Ni percaya ke tak ni? Sikit-sikit? Kadang-kadang? Jarang-jarang? Pastu nak ngaku Islam, nak ngaku beriman? Sudah laaaa!

Bisnes Kita



Korang semua ahli perniagaan belaka, paling koman pun bisnes direct selling mesti pernah. Korang rasa apa bisnes yang paling menguntungkan, yang boleh takluk satu dunia, yang boleh jadikan korang orang paling berjaya dalam sejarah dunia? Apa korang ingat Rasulullah s.a.w. tu bukan bisnesman? Kita semua bisnesman sebenarnya cuma tak ramai yang berniaga dengan betul dan berjaya.


Modal
Semua kita Allah bagi modal nyawa, masa, kesihatan, dan macam-macam lagi secara percuma tapi berapa ramai kita yang perabih modal ni sesuka hati aje? Tak ramai yang bersyukur dengan apa yang dia ada, sampai Allah tarik balik pinjaman tu baru nak menggelupur. Allah bagi sihat dia buat maksiat pastu bila dah sakit baru nak nyesal. Tu ok lagi, kalau tetiba Allah pelingkup terus cemana? Sedar-sedar dah gulung tikar, dah bergulung badan dalam kain kapan.

Melabur
Orang yang yakin dengan Allah tahu nak laburkan modal yang Allah bagi kat mana. Diorang tahu janji Allah pasti, pulangan yang dijanjikan juga bukan spekulasi. Diorang tak harapkan pulangan di dunia ni kerana masa nak menikmatinya tak tentu sedangkan pulangan di akhirat lagi berlipat ganda dan boleh dinikmati selama-lamanya. Kalau korang peniaga yang bijak, korang nak ke pilih dunia? Korang ambil modal yang Allah beri untuk labur kat tempat yang Allah tak pandang, kenapa?

Keuntungan
Korang nampak orang yang dapat dunia sebagai untung dan orang yang tak dapat sebagai rugi. Itu kata korang. Cemana pulak disisi Allah? Untung ke dapat dunia kalau akhirat yang kekal tergadai? Rugi ke lepaskan dunia untuk meraih akhirat yang pasti? Ke korang tak pasti adanya akhirat sebab tu korang pulun dunia ni habis-habisan? Korang ni betul ke beriman dengan hari akhirat? Ke korang nak tunggu sampai ke sana baru nak percaya?

Objektif
Korang tau ke objektif perniagaan korang ni? Modal dah nak habis, kerja keras macam nak koma, tapi korang tau ke hala tuju usaha korang selama ini? Nak kejar apa? Dunia? Allah bagi dunia pada kita sebagai modal nak meraih akhirat tapi korang nak dunia sahaja. Apa ke jadah berniaga nak dapat modal aje? Allah janjikan kita segala kebaikan dan kenikmatan yang marvelous di akhirat korang sanggup tukar dengan modal asal sebab tak yakin dengan Allah, tak percaya pada janji Allah. MasyaAllah...

Sabar




Sabar sebahagian dari iman, ada kata separuh dari iman, namun sejauh mana kita ni beriman? Sejauh mana kita mampu sabar? Nak tau, kene le banyak-banyak bersabar ye.



Sabar dan had sabar

Orang kita selalu perasan diri sabar tapi bila naik hangin alasan dia sabar pun ada hadnya. Ada ke? Ke korang dah tak sabar kata le dah sampai had. Habis tu Allah nak uji korang pun kena ada had juga la ye? Jangan uji lebih-lebih la ye? Cemana korang boleh ngaku korang ni penyabar?


Sabar kerana Allah

Sabar dengan makhluk, dengan kerenah manusia, hakikatnya kita bersabar dengan ujian Allah. Kalau tak sebab semua kerenah ni datang dari Allah takde la kita nak sabar menempuh semua ni. Dah tau Allah dok uji kita, kerana Allah nak tengok siapa antara kita yang beriman, yang mampu bersabar, apa lagi yang korang dok hangin sangat? Marah kat Allah sebab uji korang dengan benda yang korang tak boleh nak sabar? Sabar brader...


Sabar dengan Allah

Sabar bukan nak tunjuk kita ni terer sangat, kebal sangat, hati kental sangat dalam hadapi ujian dari Allah. Sabarlah dengan Allah, makna kata kita yakin Allah tak bebankan kita dengan hal yang kita tak mampu nak sabar. Maknanya apa yang Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita, jadi kalau kena ujian berat maknanya korang memang dah level tinggi disisi Allah. Tak syok ke gitu?


Sabar sifat Allah

Salah satu sifat Allah ialah sabar. Mana tak sabar, hamba Dia buat peleceh Dia boleh bagi lagi can untuk taubat, bagi lagi rezeki, bagi lagi nyawa...kalau kita laaa... memang nak kena hempuk, plangkong, perambat dah. So kalau korang sabar yang amat, bermakna korang benar-benar berada di jalanNya yang lurus...so sabar je lah yeeeee...sabar....sabar la ye Dol!