Friday, December 4, 2009

Bisnes Kita



Korang semua ahli perniagaan belaka, paling koman pun bisnes direct selling mesti pernah. Korang rasa apa bisnes yang paling menguntungkan, yang boleh takluk satu dunia, yang boleh jadikan korang orang paling berjaya dalam sejarah dunia? Apa korang ingat Rasulullah s.a.w. tu bukan bisnesman? Kita semua bisnesman sebenarnya cuma tak ramai yang berniaga dengan betul dan berjaya.


Modal
Semua kita Allah bagi modal nyawa, masa, kesihatan, dan macam-macam lagi secara percuma tapi berapa ramai kita yang perabih modal ni sesuka hati aje? Tak ramai yang bersyukur dengan apa yang dia ada, sampai Allah tarik balik pinjaman tu baru nak menggelupur. Allah bagi sihat dia buat maksiat pastu bila dah sakit baru nak nyesal. Tu ok lagi, kalau tetiba Allah pelingkup terus cemana? Sedar-sedar dah gulung tikar, dah bergulung badan dalam kain kapan.

Melabur
Orang yang yakin dengan Allah tahu nak laburkan modal yang Allah bagi kat mana. Diorang tahu janji Allah pasti, pulangan yang dijanjikan juga bukan spekulasi. Diorang tak harapkan pulangan di dunia ni kerana masa nak menikmatinya tak tentu sedangkan pulangan di akhirat lagi berlipat ganda dan boleh dinikmati selama-lamanya. Kalau korang peniaga yang bijak, korang nak ke pilih dunia? Korang ambil modal yang Allah beri untuk labur kat tempat yang Allah tak pandang, kenapa?

Keuntungan
Korang nampak orang yang dapat dunia sebagai untung dan orang yang tak dapat sebagai rugi. Itu kata korang. Cemana pulak disisi Allah? Untung ke dapat dunia kalau akhirat yang kekal tergadai? Rugi ke lepaskan dunia untuk meraih akhirat yang pasti? Ke korang tak pasti adanya akhirat sebab tu korang pulun dunia ni habis-habisan? Korang ni betul ke beriman dengan hari akhirat? Ke korang nak tunggu sampai ke sana baru nak percaya?

Objektif
Korang tau ke objektif perniagaan korang ni? Modal dah nak habis, kerja keras macam nak koma, tapi korang tau ke hala tuju usaha korang selama ini? Nak kejar apa? Dunia? Allah bagi dunia pada kita sebagai modal nak meraih akhirat tapi korang nak dunia sahaja. Apa ke jadah berniaga nak dapat modal aje? Allah janjikan kita segala kebaikan dan kenikmatan yang marvelous di akhirat korang sanggup tukar dengan modal asal sebab tak yakin dengan Allah, tak percaya pada janji Allah. MasyaAllah...

1 comment:

Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.