Saturday, July 18, 2009

Syahadah Cinta




Korang bab bercinta memang hebat, susun ayat kemain, madah berbunga, kad berbedak, tapi hati haprak. Semua kerana nafsu. Cuba la korang layan bercinta dengan Tuhan cam gitu, cinta kat nabi s.a.w. Kalau tanya semua ngaku sebab semua ucap syahadah, lafaz tanda cinta kita pada tuhan dan rasul s.a.w. Tapi kalau bercinta tak dengan hati apa maknanya? Apa buktinya? Apa rasanya? Apa sebenarnya. Apa yang korang peluk dalam hati?



Makna cinta kita

Korang cari la makna dia sendiri. Benda yang dapat free selalunya tak dihargai. Sama juga dengan makna cinta kita pada ilahi dan nabi s.a.w. Tapi kalau korang sendiri tak dapat fahami sedalam-dalamnya makna ayat cinta suci yang korang ucapkan dalam solat lima kali sehari, takde maknanya korang tonggang-tonggeng sampai lebam dahi. Serupa macam korang la, bini tanya cinta korang kata cinta tapi nak ingat bini masa kat ofis takde le. Korang bohong. Dalam solat pun sama juga le.

Bukti cinta kita

Cakap, semua orang boleh cakap. Buktinya mana? Korang kata Allah lah segala-galanya, tiada yang lagi utama dari dia. Tapi dalam hati korang kata duitlah segalanya, pangkatlah segalanya, kuasalah segalanya, paling hampeh pun balak koranglah segalanya. Buktinya? Kalau kena buat pilihan, korang sah-sah pilih apa yang jelas di hati korang. Allah kat mulut pun tak berapa jelas. Sebut pun tengok keliling.

Rasa cinta kita

Siapa pernah bercinta tau le cemana rasanya cinta. Kemanisan berdamping dengan si dia, kerinduan bila berjauhan, keresahan bila tiada kepastian. Korang ada rasa camtu dengan Allah? Dengan nabi s.a.w? Tengok hindustan meleleh air mata, air hidung, bila dengar azan ada rasa apa-apa tak? Awek bagi surat baca sampai sepuluh kali, hari-hari, cuba nak cari maksud yang tersirat, Allah bagi Quran korang simpan aje. Baca pun bukan paham .

Siapa kita cinta

Maha Suci Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, mana ada cinta yang lagi hebat dari cinta Dia pada seluruh makhluk ciptaannya. Dia bagi rezeki tak kira kita ingat kat Dia ke tak, Dia bagi kita sihat walau dalam sihat kita buat maksiat, Dia bagi kita segalanya walau kita tak ingat kat Dia. Banyak benda kita cinta, tak kuasa nak list down, walhal Dia yang satu sedang menunggu kita sedar bahawa Dialah yang sepatutnya kita cinta secinta-cintanya.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.