Saturday, January 9, 2010

Pelan 5 tahun



Korang gerenti ada pelan 5 tahun kan? Takde? Apa nak jadi la korang ni. Ada? Baguslah. Dalam 5 tahun dari sekarang, apa korang dok plan? Nak jadi kaya? Nak jadi orang berjaya? Apa nak jadi, jadilah? Errr...dalam pada dok plan tu korang sure ke korang hidup lagi masa tu? Hmmm...Macam tu kalu...kena buat plan B.


Pelan 5 waktu

Solat 5 waktu tempat terbaik untuk korang plan hidup korang. Pelan-pelan jaga iman dan amal sampai waktu solat seterusnya. Kalau sampai, syukurlah, cepat-cepat tunaikan tanggungjawab sementara masih dikurniakan nyawa untuk beribadat. Kalau tak, at least korang dah buat yang terbaik. Turn orang lain pulak solatkan korang.

Pelan 5 minit

Kita selalu bertangguh bila bab beramal. Lima minit lagilah, cerita TV tengah best, kerja tengah banyak, mata tengah ngantuk, member tengah sembang...macam la kita yakin benar nyawa kita tak hilang untuk 5 minit lagi. Dari lima minit, dia berkembang jadi setengah jam, lajak jadi sejam, sedar-sedar dah habis waktu solat. Bukan 5 minit yang jadi persoalan, masalahnya lima minit lagi gerenti ada benda lain yang menyibukkan korang, yang korang nampak lebih utama, sudahnya seruan Allah korang abaikan. Cantek.

Pelan 5 saat

Percaya tak dalam 5 saat macam-macam boleh jadi. Hati kita kalau nak berbalik sekejap je. Jadi kalau korang tergerak hati nak beramal, jangan dok lengah, buat je terus sebab tak berapa saat lepas tu nafsu sebagai penasihat peribadi akan buat kerja dia supaya korang tak buat amal maaruf yang terdetik kat hati sekejap tadi dengan seribu satu macam alasan yang mantap. Sebaiknya benda baik jangan dok plan-plan sangat, alamat tak jadi le. Untung le mereka yang diilhamkan amal dan merebut peluang yang ada untuk melakukan amal. Yang selebihnya, korang ada plan nak beramal tapi sampai kiamat tak terlaksana. Rugi.

Pelan 5 rukun

Sebagai umat Nabi s.a.w. kita kena plan 5 rukun tu ditegakkan sepanjang masa, setiap denyut jantung, setiap kerdipan mata, setiap hembusan nafas. Tegakkan syahadah, solat 5 waktu, puasa, zakat, haji bila mampu, sekurang-kurangnya kena ada azam bukan sekadar angan-angan. Zakatkan diri kita kejalan Allah, puasakan nafsu kita bukan tunggu bulan puasa aje. Barulah sempurna syahadah kita bukan sekadar sebutan dimulut sahaja. Yang lain jangan le risau, Allah dah plankan segalanya sebelum kita lahir kedunia lagi. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dijemput bermuzakarah, berbincang, berborak kat sini semoga bertambah ilmu kita hendaknya. Yang elok tu dari Allah yang tak elok tu dari hambanya ini yang lemah.