Sunday, December 14, 2008

Siapa kufur?



Kalau korang orang Islam atau paling koman pun kat IC tulis agama: Islam, maka korang gerenti bengkek bila orang senang-senang cop korang kafir. Pedulikkan la diorang. Tapi korang tau ke di sisi Tuhan korang tu Islam ke tak? Kalau boleh tanya direct senang, ni main agak-agak aje. Haru-biru-kelabu kalau tau-tau kat sana esok IC akhirat korang takde tulis Islam. Macam mana tu?

Siapa tolak Al Qur'an
Ni memang kompom al kafirun, takde khilaf atau konpius lagi dah. Qur'an kata gini-gini-gini korang taknak terima. Korang ikut kitab korang. Kitab Al Nafsu karangan...tulis nama korang kat muka depan tu.

Siapa tolak Nabi
Kalau Abu Jahal tolak nabi, nabi bangun balik. Nabi tak ambil hati punya sebab tahu Abu Jahal tu memang benci kat dia. Tapi korang yang tolak nabi, walau dalam hati, macam mana pulak tu? Ni bukan Abu Jahal tapi Abu Jahil. Kat mulut kata umat nabi tapi dalam hati kutuk nabi lumat. Nabi naik unta korang naik Merce, nabi pakai jubah korang pakai kot dengan tai. Korang sikit pun tak respek nabi. Apa cerita?

Siapa tolak Islam
Nama kemain siap ada nama nabi, bapak orang alim, keturunan ulama, tapi perangai alamak, malas nak komen. Korang memang tak tolak Islam, korang pergi solat jumaat seminggu sekali, korang puasa, zakat, naik haji setahun sekali, tapi bila bab perundangan Islam korang kata tak boleh pakai, perbankan Islam tak menguntungkan, hukum-hakam Islam tak melibatkan korang. Apa barang?

Siapa tolak Allah
Mana ada orang tolak Allah. Orang tak Islam pun ada yang mengaku adanya Allah. Budak belum baligh pun tahu siapa tu Allah. Habis tu masa korang buat maksiat Allah takde ke? Masa korang ambil rasuah, tipu orang, curi harta orang, monteng puasa, skip zakat, makan angin kat Mekah, semua tu Allah tak nampak ke? Ke korang ingat Allah hanya wujud dalam solat korang yang tak sampai lima minit tu aje? Ke cemana?

Siapa kita sebenarnya?
Semua orang Islam mengaku hamba Allah, bila bagi derma mintak orang tulis dalam resit 'hamba Allah', tapi hakikatnya betul ke korang tu memperhambakan diri pada Allah? Ke hamba siapa? Bukan hamba duit ke? Hamba bos? Hamba dunia? Hamba kepada hamba Allah yang juga tak memperhambakan diri pada Allah? Kalau apa yang Allah suruh korang tak buat , yang Allah larang korang selamba badak je buat, jangan tergezut la kalau korang nanti lepak dalam neraka forever and ever, macam orang kafir. 

Siapa Sesat



Zaman sekarang banyak sangat ajaran sesat, ajaran tak betul serta ajaran yang tak makan ajar. Kalau taknak sesat kena berguru, kalau taknak ikut jalan tak betul kena tanya guru dan kalau taknak belajar, tu tak boleh nak buat apa.



Siapa hilang arah
Sepanjang hayat kita main ikut aje. Orang buat apa kita ikut. Orang terjun lombong pun korang terjun sama. Mana satu arah menuju kebenaran korang tak tahu dan taknak ambil tahu. Bila orang kata korang sesat, korang hangin. Bila orang tak ikut korang kata sesat. Siapa yang tentukan betul dan sesat sesuatu jalan tu? Pemandu arah dah wafat lama dah, kitab suci pun korang dah lama tak buka. Hadis yang mana satu nak pakai pun korang tak tahu.

Siapa cari jalan sesat
Nak cari jalan yang benar, jalan yang lurus, jalan menuju Allah, semua melalui jalan ilmu. Nak berjaya kat dunia kena ada ilmu, korang tak nafikan tu sebab korang ada degree, master, PhD, maka nak berjaya kat akhirat pun kena macam tu jugaklah. Ni setakat belajar agama masa sekolah dulu takkan dah kira cukup kot? Setakat sijil PMR takkan orang nak ambil korang jadi CEO kot? 

Siapa menyesatkan
Dah nak cari ilmu akhirat jangan ingat apa saja boleh ambil buat i'tikad, semua main sumbat, apa dapat korang rembat. Hidayah tuhan tu macam cahaya yang menerangi bukan menggelapkan. Kalau gelap mata cari ilmu yang boleh digunakan untuk kejar dunia, kejar harta, kejar nama, kejar pengaruh, ilmu tu yang digelar ilmu yang tak berfaedah. Dah dapat sikit ikut nafsu nak mengajar orang pulak, nak orang pandang alim, nak dapat title ulama.

Siapa tak tau diri sesat
Ada setengah kita tak tau yang dia sesat. Tak tau apa itu sesat. Asal bunyi arab, ada sebut ayat tuhan, ada selit hadis nabi, semua korang ingat betul. Jangan takut belajar ilmu yang mengajar erti sebenar kesesatan supaya kita boleh kenal mana betul mana sesat. Macam bawak kereta ikut peta, jalan punyalah banyak tapi destinasi kena tahu. Kalau jalan nak tuju Tuhan kena ikut peta yang dah ditunjukkan Rasulullah s.a.w. Kena tahu mana one way, mana highway, mana jalan mati. Jangan dah mati baru nak patah balik.

Siapa kita nak ikut
Jangan ikut jalan yang sesak sebab semua yang terperangkap dalam kesesakan tu belum tentu tahu arah tuju. Tu sebab kena berguru, kena tahu guru tu nak bawa kemana ikut jalan siapa. Kalau destinasinya Allah dan jalannya Rasulullah s.a.w, insyaAllah tak sesat walau jalan yang ditempuh tak berturap, banyak halangan, banyak road-block. Istiqamah aje, maintain dan jalan terus. Selamat cari jalan dan selamatlah hendaknya kita semua. Amin.

Sunday, November 9, 2008

Kenapa tak tobat

Korang pasti ke sebelum mati korang sempat tobat? Rasa nyawa dah tinggal sekerat, nazak dah tahap sakarat, baru ready nak tobat. Kononnya bila last minit tobat baru betul dosa pahala punya meter boleh restart. Satu dosa pun tak tercatat. Apa korang dah terencat? Jangan ingat korang boleh main-main dengan tobat. Tak caya tanya Astora Jabat. Tak gitu Jebat?

Bila dah tobat maka secara rasminya kita dah pencen buat jahat. Seumur hidup dah sebati dengan kerja-kerja jahat sekali tiba-tiba nak stop buat jahat? Kalau tobat pastu esok buat maka bukan dinamakan tobat. Maka korang kensel nak tobat. Apa boleh buat.

Kalau boleh nak tobat bila nafas dah tersekat-sekat, bila ajal dah dekat, supaya senang nak jaga tobat. Orang dah nak mati mana ada niat nak buat jahat, kalau ada pun gerenti tak sempat. Tu yang dok tangguh-tangguh niat nak tobat. Tau-tau dah terlambat, sedar-sedar dah lepak dalam liang lahat. Apa boleh buat.

Seribu satu macam dosa kecik besar korang dah buat. Dari yang kecil-kecilan ke yang paling jahat. Agak-agak korang la, ada ruang lagi ke untuk korang bertobat dan mau ke Tuhan terima korang punya tobat? Memang orang kata Tuhan Maha Menerima Tobat tapi korang punya jahat sampai ingat Tuhan tak kuasa nak layan korang punya permohonan nak tobat. Apa boleh buat.

Umur dah setengah abad baru nak tobat. Rasa macam dah terlambat. Patposemilan tahun punya jahat banding dengan tah berapa tahun lagi nak cover balik dengan buat ibadat maka korang kompom tak sempat. Maka korang carry on buat jahat alang-alang dah tak sempat. Tu le, orang ajak belajar agama liat, tak tau apa erti tobat. Apa boleh buat.

Pendeknya kalau Tuhan taknak korang tobat maka mana mungkin tobat boleh dibuat-buat. Kalau dah hati tu sebati dengan kerja-kerja jahat mana nak terlintas niat nak tobat. Kalau ada pun korang halau dia cepat-cepat. Tak tau itu seruan Tuhan nak korang tahu yang pintu tobat masih belum ditutup rapat, korang masih belum terlambat. Kenapa masih tak tobat? Tobat le cepat sebelum terlambat, sebelum mata korang tertutup rapat, sebelum baring dalam liang lahat. Jangan lengah-lengah, tobat cepat.

Thursday, October 9, 2008

Sajak Sempena Hari Raya

SAJAK
MELAYU MUDAH BUAT LUPA

Melayu mudah buat lupa
Melayu mudah buat lupa
Dulu ingat-ingat lupa
Melayu mudah buat lupa
Dulu selalu berjanji Melayu
Melayu mudah buat lupa
Dulu kata nak tolong Melayu
Melayu mudah buat lupa

Dulu janji takkan lupa
Melayu mudah buat lupa

Dulu kata kita kaya sama-sama
Melayu mudah buat lupa

Dulu kata kita semua sama
Melayu mudah buat lupa

Dulu pesan jangan buat malu Melayu
Melayu mudah buat lupa

Dulu berjuang sesama Melayu
Melayu mudah buat lupa

Dulu senang susah nak sama-sama
Melayu mudah buat lupa

Itu dulu

Sekarang buat-buat lupa
Melayu mudah buat lupa

Sekarang janji tinggal janji
Melayu mudah buat lupa

Sekarang tolong anak menantu
Melayu mudah buat lupa

Sekarang semua tak janji
Melayu mudah buat lupa

Sekarang kita mana sama
Melayu mudah buat lupa

Sekarang kita Melayu dia Menegas
Melayu mudah buat lupa

Sekarang malu nak ngaku Melayu
Melayu mudah buat lupa

Sekarang yang senang that's Me
Sekarang yang susah that's You
Melayu mudah buat lupa
Melayu mudah buat lupa

Aiseh...Lupa
Kau bukan Melayu
Kau JAWA!

Selamat Hari Raya
Jangan tanya duit raya


Sajak ini ditujukan oleh mereka yang beraya dengan linangan air mata kepada mereka yang beraya sakan dengan penuh gumbira...Semoga Tuhan saja yang membalas 'jasa baik' anda.



Friday, September 26, 2008

Tragedi Syawal




“Hari ini nak beli apa pulak dik?” Tanya along pada angah.

“Long, dari semalam orang nak makan mee jawa. Hah! Makcik tu juallah.” Angah teruja.

Along dan Angah menuju ke gerai mee jawa makcik Hasnah. Angah senyum melebar bila dia bayangkan yang dia akan berbuka dengan makanan kegemarannya. Tapi tiba-tiba dahinya berkerut. Angah menghensot merapatkan dirinya pada Along.

“Assalammualaikum, suka mee jawa ye. Kite pun suka. Makcik, cik adik manis punya ni saya bayar sekali, saya pun nak sebungkus.” Shah Fikri senyum lebar bila ditakdirkan bertemu dengan gadis pujaannya.

“Makcik, ni duit mee jawa saya.” Angah menjeling pada Shah Fikri.

Angah menarik tangan Along ajak beredar dari situ. Angah melangkah besar-besar agar dia jauh dari budak lelaki yang sering mengganggunya.

“Hilang pahala puasa orang hari ini. Along makanlah mee jawa tu, orang dah takde selera.” Beritahu Angah ketika mereka berbuka puasa.

Selepas solat sunat tarawikh, Angah dan Along turun ke dewan makan untuk membantu menghidangkan morei pada malam itu.

“Ngah, tolong makcik ambil cerek air kat belakang, tadi makcik jerang kat belakang sebab suis kat sini dah rosak.” Makcik Seri adalah mak saudara kepada Along dan Angah.

Tanpa berlengah lagi Angah ke belakang untuk mengambil cerek. Angah menutup suis dan menarik plak.

“Takpe, biar kite tolong angkat. Berat ni.” Shah Fikri terus mencapai cerek itu.

“Huh! Sibuk betul!!!” Angah mendengus.

Angah membesarkan langah dan terus ke dewan makan dan tinggalkan Shah Fikri di belakang.

“Mana cereknya, Ngah. Air tadi tak cukup tu. Cepatlah!!” Makcik Seri menegur.

“Ni hah! Saya bawakan. Kesian Angah nak angkat cerek yang berat ni. Lain kali Angah minta tolong kite je.” Shah Fikir menghulurkan cerek pada Makcik Seri.

Makcik Seri tersenyum melihat gelagat anak-anak muda. Dia tahu kedua-dua anak saudaranya yang dijaga semenjak mereka menjadi yatim piatu itu memang di gilai pemuda di kampung itu. Mereka berdua bukan sahaja cantik malah meeka adalah pelajar tahfiz yang mengkagumkan. Kebolehan mereka ini memang satu anugerah ilahi. Angah hanya perlu mendengar sekali dan dia akan menghafal segala ayat-ayat al-quran malah apa sahaja puisi, sajak atau lagu dia boleh menghafal. Manakala Along juga begitu tetapi Along perlu mendengar dua kali barulah dia boleh menghafal tanpa meninggalkan sebutir perkataan pun. Begitu juga dengan makcik Seri. Mereka memang berdarah orang bijak pandai. Makcik Seri juga seorang tahfiz dan perlu mendengar tiga kali untuk mengingati setiap patah perkataan atau ayat al-quran mahupun karangan yang berjela. Namun kebolehan mereka ini tidak pernah dihebahkan kepada sesiapa kerana takut dikatakan riak.

Bukan Shah Fikri sahaja yang cuba mengorat Angah mahupun Along malahan ada beberapa lagi budak muda di kampung itu yang cuba memikat tapi masih tiada yang berkenan di hati mereka berdua. Lagipun mereka ingin melanjutkan sampai ke Mesir barulah fikir soal jodoh.

Kini Shah Fikri pula mengganggu Angah setiap hari. Di hati Angah tidak sedetik pun dia menyukai Shah Fikri malah dia merasakan Shah Fikri benar-benar menganggu lebih-lebih lagi di bulan ramadhan. Bagi Angah, Shah Fikir merupakan dugaannya di bulan puasa lebih-lebih lagi tak lama pula syawal menjelang.

“Wei! Termenung apa?” tanya Along.

“Along, orang tak sukalah budak lelaki yang apa nama dia tu? Shah Fikri tu kan. Dia tu menganggu tapi macam mana nak tolak dia dengan baik agar dia tak kecil hati tapi berpatah hati.” Munsykil Angah.

“Apa kata, Angah cakap dengan dia Angah ada kurap. Mesti dia lari.” Along tergelak kecil.

“Yelah, sekali tu, dia kata takpe sebab dia pun ada kurap juga. Welcome the club.” Angah tergelak kuat.

“Takpun Angah kata Ada penyakit misteri. Hah! Mesti dia takut dan lari.” Cadang Along lagi.

“Lepas tu dia kata, I tak kisah you. I terima you seadanya. Long, tu oven tu dah berbunyi kuih raya kita dah masak. Cepat! Boleh masukkan yang ni pulak.” Rungut Angah.

Angah masih tidak dapat fikirkan cara untuk menolak Shah Fikri. Dia tidak mahu berkeras kerana tidak mahu mengecilkan hati sesiapa. Angah mesti mencari jalan agar dia boleh menolak Shah Fikri dengan baik.

Sepanjang bulan ramadhan kemana sahaja dia pergi kat situ lah ada mamat sekor tu. Sehingga takbir bergema pun Angah rasa tak larat nak tengok muka mamat tu lagi.

“Assalammualaikum.”

Suara orang memberi salam itu membuatkan Angah berasa gerun. Dia bukan tak suka terima tetamu di pagi raya tapi tetamu ni boleh meloyakan tekaknya.

“Angah, jawab salam tu dan jemput dia masuk.” Lembut suara makcik Seri.

Angah tak dapat melawan, dengan hati yang marah dia mempelawa Shah Fikri masuk dan menjemput duduk.

“Betulke Shah Fikri berkenan sangat dengan Angah?” Tanya Makcik Seri.

“Ya, makcik saya ikhlas. Yelah, kalau dengan restu makcik saya sebenarnya nak hantar mak bapak saya.” Bersungguh Shah Fikri sambil memakan kuih batang buruk.

“Baiklah, makcik terima Shah Fikri.” Beritahu Makcik Seri.

“Makcik….” Marah Angah.

“Tapi dengan satu syarat, Shah Fikri hendaklah buat satu lagu istimewa untuk Angah. Lagu tu pastikan asli dan bukan cedok mana-mana lagu. Kalau lagu tu original dan dapat mencuit hati makcik mahupun angah. Makcik terima Shah Fikri. Hari raya ketiga datang semula ke rumah makcik.” Beritah makcik Seri.

Shah Fikri menggangguk-angguk tanda faham. Dia terus bersalam dan berlalu pergi. Baginya setakat nak mereka sebuah lagu untuk Angah tiada masalah kerana dia memang pelajar sastera malahan dia memang pandai bermain gitar. Kali ini dia yakin Angah akan terharu dengan bait-bait liriknya dan akan menerimanya.

Angah pula dah tiga hari bermasam muka dengan Makcik Seri kerana meletakkan syarat yang paling mudah untuk mamat yang memang suka menyanyi kat warung kopi.

Tiga hari dah berlalu, Shah Fikir dengan condifentnya datang bertamu di rumah Angah sekali lagi bersama gitar kapoknya. Bukan sahaja Angah akan terpikat malah makcik Seri juga akan terharu atas kepandaian dia menulis lirik.

Ku serahkan jiwa raga padamu,
Kan ku korban seluruh hidupku untukmu,
Yakinlah pada diriku duhai kekasih hatiku,
Tak mungkin kau kan terasa kekurangan dihatimu….

Sehingga baris terakhir yang pangangnya sepuluh rangkap Shah Fikri mendendangkan lagu ciptaannya.

“Maaf, makcik tak boleh terima Shah Fikri, sebab lagu tak original. Makcik dah pernah dengar lagu tu. Kan makcik kata makcik nak lagu yang di reka sendiri oleh Shah Fikri.” Makcik Seri bersuara sebaik sahaja Shah Fikri menghabiskan nyanyiannya.

“Makcik, memang tu lagu ciptaan saya. Original lagi. Saya takde ciplak kat mana-mana pun.” Tegas Shah Fikri.

Tiga malam dia bersekang mata mereka lagu itu dan mencari melodi yang sesuai. Mana Mungkin dia menciplak lagu orang lain untuk Angah kesayangannya.

“Betul, lagu tu memang makcik dah pernah dengar. Angah cuba nyanyi semula lagu tu.” Kata Makcik Seri.

Angah berkerut tapi dia menyanyikan semula lagu tu dari baris pertama sehingga akhir. Tiada satu perkataan pun yang tertinggal.

“hah! Kan makcik dah cakap, Angah pun dah pernah dengar dan biasa dengar sampai hafal lagu tu.” Beritahu makcik Seri.

“Tak, saya reka lagu tu sampai tak tidur malam.” Tegas Shah Fikri lagi.

“La!! Along pun pernah dengar. Along nyanyi pulak.” Suruh Makcik Seri.

Along pula menyanyi dengan lengok yang sama sehingga bait yang terakhir.

‘Tengok!! Kenapa ciplak lagu orang yang dah pernah buat. Kan makcik kata originallity tu penting.” Senyum Makcik Seri.

“Saya reka lagu tu, korang ni berpakat ye.” Ragu Shah Fikri.

“Hish! Makcik sendiri tahu lagu tu. Dengar ye……” Makcik Seri pula bernyanyi sehingga habis.

“Aaa..aa..lah..pelik lagu tu semua orang dah tahu. Maaflah, saya dah kecewwakan Angah. Saya janji takkan kacau Angah lagi. Saya minta diri dulu.” Shah Fikri pergi dengan menggaru kepala yang tak gatal.

Angah tersenyum lebar, baru dia faham kenapa makcik suruh Shah fikri mereka satu lagu, walaupun itu kepandaian Shah Fikri sebab makcik Seri lagi pandai. Angahkan tahfiz, hanya sekali dengar dia boleh menghafal dan menyanyikan semula. Kemudian Along juga tahfiz dua kali dengar selepas Shah Fikri dan Angah menyanyi dia pula dah menghafal. Kemudian makcik Seri juga tahfiz selepas tiga kali dengar selepas Shah Fikri,Angah dan Along. Makcik Seri juga sudah menghafal lagu itu. Dan kerana mereka semua memang tahfiz dan berjaya membuatkan Shah Fikri keliru dan tidak datang menganggu Angah kerana terlalu kecewa sebab kononnya lagunya tak original.
Setiap kali Syawal menjelang dia pasti akan teringat tragedi Syawalnya ini.




Saturday, September 20, 2008

Saturday, August 23, 2008