Wednesday, July 22, 2009

Ilmu dan amal



Korang rasa dah cukup ke ilmu di dada? Korang rasa dah cukup amal ke nak bebas dari api neraka? Ke korang takde ilmu langsung sampai tak tahu apa makna api neraka? What the hell!


Orang berilmu yang tak beramal

Nak berilmu bukan tunggu masuk University, apa yang korang belajar hari-hari dari kesalahan diri pun ilmu juga. Dah ada ilmu tu amalkan le. Dah tahu benda salah jangan la buat lagi. Insaf, taubat, semua yang kita hadapi hari-hari tu pun ilmu yang kita panggil pengalaman.


Orang beramal tapi tak berilmu

Apa amalan yang korang rasa dapat membantu korang diakhirat nanti? Kalau tak tahu maknanya korang takde ilmu. Dari tadika sampai keluar uni semuanya ilmu nak guna kat atas dunia ni aje. Ada subjek agama pun monteng, ada jugak yang tukar ambil lukisan. Habis tu apa yang korang nak bawak jumpa Tuhan? Ijazah korang? Master? Phd? Mungkin la korang banyak buat kerja-kerja amal sampai dapat pingat, dapat datok, tapi korang buat semua tu bukan kerana Tuhan kan? Kerana projek? Kerana nama? Kerana glamour? Kerana dunia kan? Kamon la, diri korang pun korang tak boleh nak kelentong, inikan pulak Tuhan yang Maha Mengetahui.


Orang tak berilmu dan tak beramal

Ni bangsa bodoh sebab takde ilmu , sombong sebab rasa tak perlu beramal (Eleh, Tuhan tahu kita sibuk banyak kerja) Siapa lagi kalau bukan kita. Bila bab agama tolak tepi, nak kejar dunia, akhirat tu nanti. Solat pun main ikut-ikut, kalau tanya main jawab kot-kot. Nak dengar ceramah takde le, krem lutut bersila kat masjid tapi kalau tengok konsert berdiri sejam pun tak jadi apa.


Orang berilmu dan beramal dengan ilmunya

Dah berilmu baru tau apa erti beramal. Sampaikan dikatakan tidur orang yang berilmu lagi baik dari solat orang yang jahil, dah tu Pak Imam tidur untuk kumpul tenaga nak bangun tahajud, kita pulak yang solat bagai nak rak ni dok berangan bestnya kalau dapat tidur siap planning nak skip subuh. Nampak sangat dalam bab agama kita ni bangang walau rambut dah jarang, gigi dah kurang, lutut dah goyang. Nak buat cemana dah hampir sepanjang hayat kejar ilmu dunia, urusan dunia, impian dunia, bila nyawa dah tersekat-sekat baru nak beringat, baru sedar hakikat bahawasanya tempat kembali kita semua adalah akhirat yang selama ni kita pakat buat-buat tak ingat. Dalam saki baki waktu yang singkat, semua pakai nak buat ibadat, nak tadah kitab dah tak larat, tak berapa nak ingat, takut nak belajar nanti tak sempat nak beribadat. Tu yang solat tangkap muat, apa yang tahu aje buat.

Saturday, July 18, 2009

Syahadah Cinta




Korang bab bercinta memang hebat, susun ayat kemain, madah berbunga, kad berbedak, tapi hati haprak. Semua kerana nafsu. Cuba la korang layan bercinta dengan Tuhan cam gitu, cinta kat nabi s.a.w. Kalau tanya semua ngaku sebab semua ucap syahadah, lafaz tanda cinta kita pada tuhan dan rasul s.a.w. Tapi kalau bercinta tak dengan hati apa maknanya? Apa buktinya? Apa rasanya? Apa sebenarnya. Apa yang korang peluk dalam hati?



Makna cinta kita

Korang cari la makna dia sendiri. Benda yang dapat free selalunya tak dihargai. Sama juga dengan makna cinta kita pada ilahi dan nabi s.a.w. Tapi kalau korang sendiri tak dapat fahami sedalam-dalamnya makna ayat cinta suci yang korang ucapkan dalam solat lima kali sehari, takde maknanya korang tonggang-tonggeng sampai lebam dahi. Serupa macam korang la, bini tanya cinta korang kata cinta tapi nak ingat bini masa kat ofis takde le. Korang bohong. Dalam solat pun sama juga le.

Bukti cinta kita

Cakap, semua orang boleh cakap. Buktinya mana? Korang kata Allah lah segala-galanya, tiada yang lagi utama dari dia. Tapi dalam hati korang kata duitlah segalanya, pangkatlah segalanya, kuasalah segalanya, paling hampeh pun balak koranglah segalanya. Buktinya? Kalau kena buat pilihan, korang sah-sah pilih apa yang jelas di hati korang. Allah kat mulut pun tak berapa jelas. Sebut pun tengok keliling.

Rasa cinta kita

Siapa pernah bercinta tau le cemana rasanya cinta. Kemanisan berdamping dengan si dia, kerinduan bila berjauhan, keresahan bila tiada kepastian. Korang ada rasa camtu dengan Allah? Dengan nabi s.a.w? Tengok hindustan meleleh air mata, air hidung, bila dengar azan ada rasa apa-apa tak? Awek bagi surat baca sampai sepuluh kali, hari-hari, cuba nak cari maksud yang tersirat, Allah bagi Quran korang simpan aje. Baca pun bukan paham .

Siapa kita cinta

Maha Suci Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, mana ada cinta yang lagi hebat dari cinta Dia pada seluruh makhluk ciptaannya. Dia bagi rezeki tak kira kita ingat kat Dia ke tak, Dia bagi kita sihat walau dalam sihat kita buat maksiat, Dia bagi kita segalanya walau kita tak ingat kat Dia. Banyak benda kita cinta, tak kuasa nak list down, walhal Dia yang satu sedang menunggu kita sedar bahawa Dialah yang sepatutnya kita cinta secinta-cintanya.

Antara dua darjat



Antara fadhilat dan kelebihan kita beramal ialah Tuhan naikkan darjat walaupun hakikatnya kita beramal bukan nak kejar darjat tapi kalau Dia dah nak bagi, tak siapa pun boleh tolak. Nak buat apa dengan darjat ni? Dapat pingat ke? Dapat projek? Ada gelaran ke?


Apa ada pada darjat

Dah Tuhan kata kita ni sebaik-baik makhluk ciptaannya maknanya kita ni darjat lagi 'up' sikit dari malaikat kalau kita betul-betul baik laa. Tapi kalau kita ni buat tak senonoh, tak reti nak ingat kat Dia, diingatkan pun buat-buat lupa, maka kita ni tah-tah lagi 'low class' dari kambing atau anjing. Sebodoh-bodoh lembu pun tak kena campak dalam neraka, korang kalau orang ajak solat pun buat bodoh mengelembu, sindri mau ingat laa.

Naik darjat

Bila dikatakan sesuatu amalan baik tu mampu menaikkan korang beberapa darjat maka korang jangan la eksyen perasan darjat korang tahap Tan Sri ke Tun macam kat dunia ni. Kena kira korang sekarang dok kat tahap mana. Makna kata kalau sekarang korang tahap Tok Jahil satu level dengan Abu Jahal maka kalau dinaikkan beberapa darjat mungkin la dapat title Tok Selampit atau Tok Kong. Kira ok la dari tadi. Yang pastinya korang jangan syok sendiri, baru beramal sehari dah rasa macam satu 'level' dengan Tok Wali padahal buat mungkar bertahun-tahun tak ubah macam Firaun.

Darjat disisiNya

Tak kira la korang sengkek sengkuang, awek lalu seko pun tak pandang, rupa elok sikit dari kongkang, namun kalau amalan korang diterima Tuhan maka korang dipandang tinggi oleh semua makhluk dilangit walau dipandang rendah oleh semua manusia kat bumi. Sebaliknya kalau korang ni Tan Seri ke, Datin Seri ke, muka berseri-seri, naik pulak Ferrari, duit berlori-lori, tapi amalan korang sikit pun Dia tak pandang walau selalu jugak sembahyang, korang memang malang.

Kurnia darjat

Dah tu nak buat cemana? Cemana apanya kalau yang korang pandang ialah darjat dimata orang. Darjat disisiNya bukan boleh dapat senang-senang. Bukan boleh nak rekomen-rekomen, undertable ke atau bodek baik punya. Sukahati Dia la nak naikkan darjat siapa yang Dia suka dan turunkan darjat siapa yang dia benci. Bukan senang nak jadi 'somebody' kat sana kelak, kat negeri akhirat dimana 'everybody is nobody' kecuali mereka-mereka yang dirahmatiNya. Sekarang korang nak apa yang korang buat Tuhan pandang ke orang pandang?

Thursday, July 16, 2009

Kunci ke Syurga ( Versi Melayu )


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bagi mereka yang mencari jalan ke syurga
Ketahuilah bahawa untuk memasukinya perlu kunci
Kuncinya ialah suatu kombinasi
Sebelum kita tiba ke dunia nombornya kita ingat
Selama ini ia ada bersama-sama kita
Namun ianya luput dari ingatan bila bertambah usia
Tapi ia terpahat di hati nurani
Untuk ingat semula kita perlu berusaha
Hati kita tahu bila mana usaha kita selari dengannya
Sama seperti membuka peti besi
Ingat usaha-usaha tersebut
Cari kombinasi yang betul
Susunan yang betul
Ikuti turutan ini sepanjang hidup kamu
Pasti kamu akan menemui jalan ke syurga
Kerana itulah Saidatina Aisyah r.a. ada berkata
Rasulullah s.a.w akhlaknya adalah Al-Qu'ran
Baginda s.a.w lah kuncinya
Kombinasi yang tepat
Baginda s.a.w hidup cara hidup yang sepatutnya kita hayati
Baginda s.a.w lah jawapan pencarian ini
Pencarian jalan menuju syurga yang abadi

Wednesday, July 15, 2009

Contact



Orang sekarang tak boleh hidup tanpa henpon. Kalau tertinggal henpon sanggup patah balik ambil. Masalahnya kalau tak solat tak pulak gabra. Korang takde nak contact Dia. Helloooo!!! Hell-oooo!!! Go-to-Hell-Lo!



Bateri Low

Mungkin masalah kita bateri low gamaknya. Berapa kali korang cas diri korang? Berapa kali korang pergi masjid ke surau, dengar ceramah, seminggu sekali pergi Jumaat pun bukan nak dengar khutbah. Tengok muka pun tau takde bateri, lentok semacam aje.


No coverage

Mana tempat Dia tak cover? Kalah jin buncit warna kuning tu. Patutnya tak kira korang kat mana, kat atas bulan sekalipun, Dia gerenti ada service punya. Korang aje tak ingat kat Dia, Dia tak pernah lupa korang. Korang yang jual mahal. Hot spot pun bersepah-sepah, masjid surau tiap taman ada, korang aje tak nak singgah. Sombong betul.


Missed Call

Korang kalau ada miss call gerenti korang call balik. Korang risau kalau tak call balik kot-kot ada hal penting. Tapi kenapa Dia call korang buat derk aje. Lima kali sehari Pak Bilal melaungkan 'ringtone' azan sehari, usahkan nak jawab, kalau boleh taruk 'silent' korang dah buat dah.


Line tak clear

Korang perasan tak dalam solat korang bercakap dengan siapa? Kalau borak dalam henpon sorang-sorang orang tak kata apa sebab tau kat belah satu lagi ada yang jawab. Ni kita yang solat tapi cakap sorang-sorang, pastu tak berapa paham apa yang dicakap, maklum le bahasa Arab, Dia tengok pun pelik gamaknya.


SIM kad problem

Kita pun ada sim kad brader, hati kita le. Contact number Dia kita save dalam sim kad tapi tak reti-reti nak call. Kalau call pun tak dapat, nak buat cemana sim kad dah berkarat, berdaki, penuh dengan contact number dunia, setan, nafsu dan tahapehapentah. Tak nak upgrade, tak nak repair. Sudahnya kita lost contact, sesat sepanjang hayat. Kalau henpon kita campak lombong, kalau kita? Campak dalam neraka la jawabnya.

Tuesday, July 14, 2009

Filem Kita



Korang nak jadi pelakon terkenal? Korang memang dah siap-siap jadi pelakon pun kat pentas dunia ni. Tiap-tiap kita melakonkan filem biografi sendiri. Action!!!



Skrip kehidupan

Semua pelakon dah diberikan skrip sejak 1430 tahun dulu. Ada 114 babak. Semua watak ada tertulis dalam tu, hero tak hero, samseng, pailang, spy pailang, pilih je nak watak mana. Kalau dah hidup tunggang langgang maka korang bacalah skrip pailang ye. Kalau baik maka ikut skrip hero kita Sayyidina Muhammad s.a.w. Ikut betul-betul insyaAllah boleh masuk Hall Of Fame sama dengan dia. Kalau tak, ada can masuk Hall Of Flame dengan Abu Jahal fdam.

Plot Cerita

Cerita tiap-tiap orang tak sama. Ada cerita sedih, ada cerita komedi, cerita adventure dan macam-macam lagi. Ni bukan cerita hollywood atau hindustan, hero kalah dulu, orang jahat gerenti kecundang. Kadang-kadang hero kalah memanjang, orang jahat pulak yang senang. Dah ceritanya dikarang oleh yang Maha Besar, sukahati Dia nak buat cemana. Bukan kira menang kalah kat dunia, ini baru intro aje. Kat akhiratlah cerita sebenarnya.


Durasi Cerita

Maha Suci Dia nak tentukan cerita kita panjang mana. Ada feature film, ada jugak short film. Dia aje yang tahu. Korang perlu perbaikkan watak dan 'lakonan' sahaja. Dia nak matikan watak korang bila-bila masa aje, jangan ingat korang hero tak boleh mati. Buat yang terbaik. Buat dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang watak yang kita bawak kecik aje, dialog pun tak banyak, tapi kalau baik pembawakannya tentu dapat award. Watak utama dalam filem panjang meleret tapi melalut orang tengok pun menyampah.

Act 1 take 1

Cerita yang kita lakonkan sekarang Dia dah tulis siap-siap awal-awal lagi, sebelum dia buatkan set dan lokasi filem ni. Semuanya Dia dah prepare baik punya. Korang je perasan macam cerita ni korang yang karang. Tu yang berlakon ikut sesuka hati aje sampai lupa arahan Director. Patutnya apa yang dia suruh korang buat, apa yang Dia larang jangan buat, tapi korang buat bangang aje. Tu yang over-acting memanjang. Ingat, kita ada satu 'take' aje, so buat elok-elok laa. Baca dan fahamkan skrip jangan simpan je skrip atas gobok. Study cemana Rasulullah s.a.w bawak watak dia, cuba ikut dan jangan melalut.

Friday, July 10, 2009

Raja



Eloklah kita beradab dengan raja tapi kenapa kita biadab sangat dengan Raja Segala Raja? Ni bukan sembah durhaka tapi sah-sah masuk neraka. Korang rasa korang tu sapa? King Kong?


Kita beradab dengan raja, bila dijemput ke istana, happy tak terkata.
Tapi dengan Raja Segala Raja, jemput ke masjid, kita buat derk aje.

Kita beradab depan raja, pakai habis smart, tempah spesel lagi gitu.
Tapi depan Raja Segala Raja, solat pakai pelikat aje, kekadang tak berbaju.

Kita beradab dengan raja, nak ke istana esok, malam ni dah bersiap.
Tapi dengan Raja Segala Raja, nak ke masjid liat, malam nak tahajud jangan harap.

Kita beradab dengan raja, dia suruh apa kita buat, tak banyak cakap.
Tapi dengan Raja Segala Raja, dia suruh solat pun tak buat, buat pun sambil sangap.

Kita beradab dengan raja, apa dia tak suka kita tak buat, takut dikata derhaka.
Tapi dengan Raja Segala Raja, kita buat apa kita suka, tak takut masuk neraka.

Kita beradab dengan raja, tak kira siapa kita, depan dia semua rakyat biasa.
Tapi dengan Raja Segala Raja, kita kira siapa kita, orang besar saf depan tu biasa.

Kita beradab dengan raja, bila dia ada kita rasa hina, rasa rendah diri.
Tapi dengan Raja Segala Raja, mana pernah Dia takde, masih jugak tak sedar diri.

Kita beradab dengan raja, nak mengadap punyalah takut, rasa longgar sendi lutut.
Tapi dengan Raja Segala Raja, mana ada takut, tu yang solat otak melalut.

Kita beradab dengan raja, dipanggil mengadap pun dah rasa bertuah.
Tapi dengan Raja Segala Raja, dengar azan pun kita menyampah.

Kita beradab dengan raja, sanggup menunggu berjam-jam lama sebab nak jumpa.
Tapi dengan Raja Segala Raja, solat lima minit pun dah kira lama,

Key to Paradise


In the name of Allah the Most Mercyful and Most Compassionate

For those who is looking for a way toward heaven

To enter Eden you need a key

You need to make the key here in this world, this life

The key consist of certain combination

Before you came into this world you remember the combination

You have it with you all along all this while

However as we get older we tend to forget

Somehow it is embedded in your heart

To recall them you need to perform certain deeds

Your heart knows when you hit the right numbers

Just like a click when you try to open a safe

Remember the number

Find the right combination

The right order

Follow through all the way through your life

And you surely will find your way to paradise

That's why Aishah said that The Prophet was a walking Quran

He is the key

The correct combination

He live the way all of us should live our lives

He is the answer to our quest

The quest to the path toward paradise.